Skip to main content

Viral

Polis Tahan 2 Lelaki Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Dalam Kereta, Jumpa Gumpalan Tisu Ada Cecair

polis

Sekilas

  • Polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 29 tahun kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah kereta di Taman Intan Baiduri, Jinjang.
  • Penahanan dibuat selepas polis menemui bukti cecair mencurigakan dalam kereta Proton X50 yang diperiksa semasa rondaan cegah jenayah.
  • Kedua-dua suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut dan kini disiasat di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan, dengan jaminan polis diberikan selepas tiga hari direman.

Polis menahan dua lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah kereta diletakkan di tempat awam di Taman Intan Baiduri, Jinjang, Kuala Lumpur.

Mereka masing-masing berusia 24 dan 29 tahun ditahan kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu selepas anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah mengesan kereta Proton X50 dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pemeriksaan polis menemui gumpalan tisu warna putih yang dipercayai mengandungi cecair di lantai penumpang belakang.

"Kedua-dua suspek yang ditahan adalah jurujual di sebuah pasar raya dan jurujual telefon," katanya.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta berkenaan.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut dan direman selama tiga hari sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis," katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak memiliki rekod jenayah.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh, iaitu persetubuhan bertentangan aturan tabii.

Sumber: BH

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement