Skip to main content

Berita

Pramugari Meninggal Dunia Diminta Kemuka Bukti Cuti Pada Hari Pengebumian

Pramugari Meninggal Diminta Bukti

Sebuah syarikat penerbangan Taiwan berdepan kecaman hebat selepas dilaporkan menghantar mesej kepada seorang pramugari yang telah meninggal dunia bagi menuntut dokumen pengesahan cuti.

Menurut laporan Formosa News pada 16 Oktober lalu, kejadian itu berlaku apabila pihak syarikat menghantar mesej kepada kru berkenaan pada hari upacara pengebumiannya.

Advertisement

Syarikat tersbut meminta mangsa supaya mengemukakan bukti bagi cuti penjagaan keluarga yang diambil pada 27 September.

Malah mesej berkenaan turut meminta pramugari yang sudah meninggal dunia itu menghantar gambar dokumen berkenaan secepat mungkin.

Mesej itu dihantar walaupun pramugari terbabit telah meninggal dunia beberapa hari sebelumnya ketika menerima rawatan di hospital.

Ahli keluarga yang sedang berkabung difahamkan terkejut dengan mesej tersebut sebelum membalas dengan menghantar sijil kematian dalam bentuk fail PDF bertajuk Death Certificate.pdf kepada pihak syarikat.

Mereka turut membalas dengan mesej sinis berbunyi

“Saya baru sahaja menghantar dokumen itu secepat mungkin seperti yang diminta. Sekarang tiada apa yang perlu dikejarkan.”

Sementara itu, EVA Air dalam kenyataan kepada BBC memaklumkan mereka telah berhubung dengan keluarga mendiang ketika pramugari itu dirawat di hospital dan berasa sangat sedih atas pemergiannya.

Syarikat itu kini dilaporkan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement