Berita
Program Realiti Duo Star Bakal Beri Saingan Kepada Gegar Vaganza - Datuk Hattan
Penyanyi Datuk Hattan mengakui bahawa program terbaharu terbitan astro iaitu Duo Star bakal setanding dengan program Gegar Vaganza.
Hattan atau Mohd Shukri Shahabuddin, 52, berkata, program ini di lihat lebih hebat lagi kerana ia megabungkan dua artis terkenal untuk bergabung di atas satu pentas melakukan persembahan.
"Tahniah astro kerana berjaya melahirkan satu lagi program yang bagus iaitu Duo Star yang menampilkan penyanyi lama dan baru berduet di atas pentas dengan cara mereka sendiri.
"Ia dapat menyerlahkan kehebatan para peserta kerana mereka harus bernyanyi dan berharmoni ketika menyampaikan sesebuah lagu.
"Kerana itu bukan senang dan mereka telah membuktikan bakat yang ada di satu tahap lebih tinggi.
"Ini kerana kombinasi di antara para peserta amat hebat kerana mereka harus mencari keserasian di antara satu sama lain dan itu bukanlah sesuatu yang senang sebenarnya," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Hattan lagi, walaupun program ini dibuat secara rakaman tetapi semangat peserta tak pernah luntur untuk memberikan persembahan terbaik kepada juri mahupun penonton.
"Tiap-tiap episod para peserta seolah-olah memberikan pesembahan seperti konsert akhir dan mereka melakukannya dengan sangat baik," katanya.
Duo Star akan mula bersiaran pada 25 Disember ini disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada jam 9 malam.
Duo Star menyaksikan pasangan Erni Zakrie & Syamel, Aepul Drama Band & Haiza, Kaka & Awi Rafeal, Ning Baizura & Haris Baba, Yassin & Ila Damia, Ayai Illusi & Firman, Ronie & Sarah dan Aweera & Asfan bertanding merebut gelaran juara.
Mereka akan di adili sepenuhnya oleh juri profesional yang bertanggungjawab untuk menilai persembahan iaitu penyanyi Datuk Hattan, pengarah muzik Datuk Acis dan Adibah Noor.
Manakala Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos Duo Star.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi