Skip to main content

Berita

Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Dibawa Ke Mahkamah

fbff

Sekilas

  • Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia bersama dua isterinya dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman berkaitan projek perolehan TDM.
  • Ketiga-tiga suspek ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM dan disiasat berhubung beberapa projek sejak 2023.
  • SPRM telah menyita enam akaun bank milik pegawai terbabit dan keluarganya, manakala pegawai itu diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai.

Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama dua isterinya tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10 pagi ini bagi mendapatkan perintah reman berkaitan projek perolehan TDM.

Ketiga-tiga suspek memakai pakaian lokap dengan tangan bergari serta dikawal oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika tiba di mahkamah.

Sebelum ini dilaporkan, lelaki bersama dua isterinya ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM semalam kira-kira pukul 7 malam.

SPRM sebelum ini memaklumkan bahawa pegawai kanan TDM itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Dis tahun lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga telah hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Dis tahun lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang membabitkan TDM sejak 2023.

Pada 29 Dis tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya telah menyita enam akaun bank milik pegawai berkenaan serta ahli keluarganya bagi membantu siasatan.

Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan bahawa pegawai kanan terbabit diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan terhadap kes yang dilaporkan selesai.

Sumber: AWANI

Must-Watch Video

Advertisement