Skip to main content

Berita Tempatan

PTTI Angkat Kisah Di Sebalik Kejayaan Pelajar SPM Menerusi Dokumentari ‘Selekoh Akhir – The Untold Story Behind The A’s’

ASTRO GEMPAK ptti selekoh (2)

Sekilas

  • PTTI menganjurkan tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir yang memaparkan kisah perjuangan pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar dalam Program Selekoh Akhir untuk bantu calon SPM tingkatkan prestasi.
  • Program Selekoh Akhir yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu berjaya membantu ramai pelajar naik dari gred G ke A dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records tiga kali.
  • Tayangan perdana turut dihadiri selebriti dan pempengaruh popular seperti Datuk AC Mizal, Datin Emylia, dan alumni program Alyssa Dezek yang berjaya capai 9A dalam SPM.

Pusat tuisyen PTTI tampil dengan pendekatan berbeza apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir – The Untold Story Behind The A's di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX, baru-baru ini.

Dokumentari tersebut mengetengahkan kisah sebenar perjuangan pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar sepanjang mengikuti Program Selekoh Akhir, yang diperkenalkan bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkatkan prestasi menjelang peperiksaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, dokumentari itu dihasilkan bagi memperlihatkan usaha di sebalik kejayaan yang sering dikaitkan dengan PTTI.

"Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali. Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A's," katanya.

Pada majlis sama, PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi tulang belakang kepada pelaksanaan program berkenaan.

Menurut PTTI, semua tenaga pengajarnya merupakan pendidik sepenuh masa yang menjalani latihan intensif, selain memiliki pengalaman luas dalam bidang pendidikan. Malah, sebahagian daripada mereka mempunyai pengalaman mengajar lebih 25 tahun, khususnya bagi subjek Matematik Tambahan, selain terdiri daripada individu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Mengulas lanjut, Cikgu Fana berkata Program Selekoh Akhir dibangunkan sebagai program persediaan intensif selama tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM, khusus untuk membantu pelajar yang masih bergelut dengan pencapaian akademik.

"Sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, program ini berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi daripada gred G kepada A, malah tidak kurang juga berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM. Kejayaan konsisten itu turut membolehkan PTTI menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race berkata, program tersebut diwujudkan berasaskan kepercayaan bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk mengubah pencapaian mereka sebelum peperiksaan sebenar berlangsung.

"Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit. Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang," katanya.

Tayangan perdana itu turut dihadiri beberapa selebriti dan pempengaruh antaranya Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman, Alyssa Dezek yang juga alumni Program Selekoh Akhir 2025 dengan pencapaian 9A dalam SPM, selain Madammu, Asyraf Khalid dan Tya Arifin.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement