Sekilas
- Pendakwah Pencetus Ummah Amin mendoakan mangsa nahas helikopter yang terkorban ketika menjalankan misi mencari nafkah dan menyelamatkan nyawa.
- Amin menyifatkan pemergian mangsa sebagai mati syahid dan berharap roh mereka ditempatkan di syurga tertinggi Allah SWT.
- Perkongsian Amin mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut mendoakan mangsa dan keluarga agar diberikan kekuatan dan ketabahan.
Pendakwah Pencetus Ummah Amin menitipkan doa buat mangsa nahas helikopter yang terkorban ketika menjalankan misi mencari nafkah serta membantu menyelamatkan nyawa manusia.
Menerusi perkongsian di Threads, Amin menyifatkan pemergian mangsa dalam keadaan sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pengakhiran yang mulia.
“Meninggal dunia dalam misi menyelamatkan nyawa manusia, dalam masa mencari nafkah dan tengah bekerja boleh dimuktamadkan sebagai mati syahid.
“Roh nya mulia dan dipelihara oleh Allah Swt. Semoga Allah kurniakan Syurga tertinggi buat mangsa nahas helikopter ini. Damailah kalian dibawah kasih sayang Nya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudian menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut mendoakan mangsa serta keluarga mereka.
“Allahumma Aamiin,” komen seorang netizen.
“Insya-Allah... semoga dipermudahkan segala urusan akhir arwah. Takziah pada keluarga mangsa. Semoga syurga buat mereka,” tulis seorang lagi.
“Syurga tertinggi buat semua mangsa. Innalillahiwainnailaihirajiun,” komen seorang pengguna.
Ada juga yang menyifatkan pemergian mangsa sebagai satu pengakhiran yang baik.
“Allahuakbar. Cemburunya pada kematian husnul khotimah. Al-Fatihah untuk yang Muslim dan takziah kepada keluarga semua mangsa,” tulis seorang netizen.
“Semoga syurga tertinggi buat mangsa nahas helikopter. Al-Fatihah,” tambah seorang lagi.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial turut menitipkan salam takziah serta mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.
“Semoga Allah merahmati semua mangsa dan menerima segala amal kebaikan mereka. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan kebaikan ketabahan. Kita doakan semoga mereka dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan di syurga Allah. Al-Fatihah,” tulis seorang pengguna.

Perkongsian Amin itu sekali gus menjadi antara luahan yang mendapat perhatian ramai susulan tragedi berkenaan, dengan netizen sama-sama menitipkan doa buat mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.