Skip to main content

Berita

Punya Ibu Hingga Usia 63 Tahun, Mukhriz Mahathir Anggap Diri Insan Bertuah - “Saya Juga Masih Punyai Ayah”

Punya Ibu Hingga Usia 63 Tahun, Mukhriz Mahathir Anggap Diri Insan Bertuah - “Saya Juga Masih Punyai Ayah”

Sekilas

  • Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggap dirinya bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah sehingga usia 63 tahun, terutama selepas pemergian ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pada usia 100 tahun.
  • Beliau memuji ibunya sebagai seorang yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negara sehingga ke akhir hayat, serta berharap agar Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan diterima amal jariah.
  • Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas mengalami serangan jantung, dan berita duka ini disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Advertisement

Ahli politik yang juga anak kepada YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan dirinya sebagai insan bertuah kerana masih dapat merasai kasih sayang ibu sehingga berusia 63 tahun.

Menurut Mukhriz, tidak semua orang  berpeluang untuk mempunyai ibu dan ayah ketika mencecah usia tersebut.

Advertisement

“Bagi pihak keluarga, saya ingin berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyampai salam takziah mereka terhadap pemergian ibunda tercinta saya sejak pagi tadi.

“Saya anggap diri saya ini sebenarnya antara anak yang paling bertuah kerana pada usia 63 tahun, sehingga pagi tadi, saya masih punyai ibu dan ayah.

“Ini bukan satu pencapaian yang mudah bagi orang lain bagi seorang ibu meninggalkan anaknya pada usia 100 tahun. Saya anggap ini satu tuah yang sangat bermakna bukan hanya pada keluarga kami tapi juga buat negara,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Mukhriz berkata demikian ketika ditemui selepas selesai acara pengebumian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada Isnin.

Berkongsi mengenai sosok ibunya, Mukhriz menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negara sehingga ke penghujung hayat.

“Allahyarham merupakan seorang yang utamakan khidmat bagi rakyat dan negara. Sampai ke saat-saat akhir, beliau masih lagi memikirkan soal masa hadapan kita.

“Semoga kita dapat sama-sama mendoakan agar Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan diterima amal jariah dan kebaikkan,” ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan Tun Hasmah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mukhriz memaklumkan ibunya pada awal dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan sebelum mengalami serangan jantung pada pagi Isnin.

“Saya ada bersama beliau pada malam semalam. Waktu itu beliau sudah berada di IJN disebabkan sakit yang lain. Perasaannya sangat ceria.

“Walaupun begitu, beliau sudah maklumkan yang dirinya sudah bersedia untuk meninggalkan kita semua.

“Beliau pun sudah bertawakal. Pagi tadi tanpa dijangka, saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa dia mengalami sakit jantung pada jam 8 pagi.

“Saya terus bergegas dan pihak pakar ketika itu sedang melakukan CPR kepada Allahyarhamah. Selepas CPR selama 15 minit dan jantung tidak berfungsi, ia harus dihentikan.

“Waktu itu kami faham maksud doktor. Tepat 11 pagi, beliau meninggalkan kita,” akhirinya.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr. Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement