Pempengaruh dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee mendapat perhatian ramai apabila memuat naik video meraikan ulang tahun kelahiran anaknya yang baru berusia sebulan di atas sebuah rumah bot.
Menerusi perkongsian di TikTok, Aqil dan ahli keluarganya dilihat meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya di atas bot berkenaan sambil mengenakan perhiasan berwarna merah jambu.
Advertisement
"Nanti Ayana dah besar boleh la bagitahu kawan sekolah dia dulu sambut hari jadi umur sebulan dekat atas laut naik rumah bot. 'Happy 1 month' Ayana Aqila," tulinya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa iri hati mereka melihat Ayana yang baru sahaja berusia sebulan, namun diraikan dengan penuh meriah.
"Ayana, bapa awak kegemaran anak-anak satu malaysia. Beruntung awak.
"Untung Ayana, semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang bijak pandai.
"Syoknya jadi Ayana.
"Untungnya Ayana baru sebulan, bapa dah sambut macam setahun," komen netizen.
Ada juga yang sempat menyamakan Aqil dengan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri kerana perwatakannya yang masuk air dan sangat mengutamakan kebahagiaan keluarga.
"Dia macam versi Aliff Syukri, sangat gila-gila, bising dan bahagia kan anak isteri.
"Dia ni pewaris Aliff Syukri, sumpah.
"Betul, dia memang Nampak macam Aliff Syukri. Dengan anak dia sekali jadi mangsa sebab dapat bapak yang gila-gila," tambah netizen.