Skip to main content

Filem

Raja Perlis & Keluarga Berkenan Hadir Ke Tayangan Istimewa Mojoku Hilang

Raja Perlis & Keluarga Berkenan Hadir Ke Tayangan Istimewa Mojoku Hilang

Sekilas

  • Filem romantik komedi Mojoku Hilang mendapat perhatian apabila Raja Perlis dan keluarga baginda menonton tayangan khas di GSC Kangar Jaya baru-baru ini.
  • Tayangan itu turut dihadiri oleh pegawai tinggi negeri Perlis serta wakil komuniti dan pihak berkaitan untuk memeriahkan acara.
  • Filem ini mengisahkan Adi yang menyamar sebagai penduduk kampung untuk mendapatkan semula lembu Mojo dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Advertisement

Filem romantik komedi terbaharu, Mojoku Hilang terus mencuri perhatian apabila Raja Perlis dan keluarga baginda berkenan menyaksikan tayangan filem tersebut di GSC Kangar Jaya, baru-baru ini.

Tayangan istimewa itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis.

Advertisement

Selain itu, wakil Komuniti Pelancongan Negeri Perlis, Kangar Jaya Mall, GSC dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis juga hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.

Sebelum ini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan mencemar duli ke lokasi penggambaran Mojoku Hilang di Tasoh Lake Resort sekitar Januari 2025.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai penduduk kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak ‘menculiknya’ bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Advertisement

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikat miliknya sendiri.

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must Watch Video

Advertisement