Sekilas
- Amsyar, rakan baik dan pengiring pengantin lelaki Syed Saddiq, menitipkan pesanan agar Bella Astillah bersabar melayan kerenah suaminya yang sangat bersemangat dan obsesif.
- Menurut Amsyar, Syed Saddiq akan memberikan sepenuh tumpuan apabila berminat sesuatu perkara, jadi Bella perlu layan ikut 'season' dia.
- Bella dan Syed Saddiq akan disatukan pada Sabtu di Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan siaran langsung akad nikah eksklusif di Astro Ria, sooka dan On Demand.
Rakan baik merangkap pengiring pengantin lelaki kepada Ahli Parlimen, Syed Saddiq iaitu Amsyar menitipkan pesanan buat penyanyi, Bella Astillah yang bakal mendirikan rumah tangga bersama sahabatnya itu hari ini.
Amsyar yang juga rakan debat Syed Saddiq ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berharap agar Bella sentiasa bersabar melayani kerenah suaminya itu.
Menurut Amsyar, Syed Saddiq merupakan seorang yang sangat bersemangat dan akan memberikan sepenuh tumpuan apabila dia mula meminati sesuatu perkara.
“Kepada bakal pengantin terutama Bella, saya berharap dia bersabar dengan Syed Saddiq kerana kadang kala kalau dia terlalu obses dengan sesuatu perkara itu dia akan ‘all out’.
“Jadi, banyakkan bersabar dan layan sahaja ikut season dia. Dulu berdebat sekarang dia Ironman,” ujarnya.
Untuk info, Bella dan Syed Saddiq bakal disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu di Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Jangan lupa saksikan siaran langsung majlis akad nikah Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif menerusi Astro Ria, sooka dan On Demand.