Skip to main content

Indonesia

Ramai Artis Hilang Kerja Sebab Sokong Palestin, Oki Setiana Dewi Tolak Promo Jenama Boikot - "Saya Tak Boleh Tipu Diri.."

Oki setiana dewi boikot

Pelakon dan pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi mendedahkan dia masih menerima banyak tawaran kerja daripada jenama yang berada dalam senarai boikot walaupun sudah menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Menurut Oki, dia tetap berpegang pada pendirian untuk tidak menyokong atau bekerjasama dengan mana-mana jenama tersebut.

Advertisement

"Sebenarnya mereka sudah tahu saya berada di pihak yang menyokong Gaza. Namun, ada beberapa tawaran pekerjaan tetap datang kepada saya dan menawarkan bayaran yang tinggi.

"Mungkin mereka melihat saya sebagai figura islam dan menggangap ia sebagai satu kelebihan buat mereka jika saya menerima tawaran mereka," katanya ketika ditemui Gempak.

Oki berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri ke sidang media Tayangan Perdana filem Hayya 3: Gazza di Pavillion bukit jalil pada Jumaat.

Dalam masa sama, Oki mengakui dia juga manusia biasa yang perlukan wang untuk meneruskan hidup, namun tetap berusaha membantu perjuangan Palestin mengikut kemampuannya.

"Sebagai manusia biasa, saya tak boleh tipu diri saya, yang saya perlukan wang untuk bayar yuran anak dan keperluan harian.

"Saya tetap dengan pendirian saya untuk menyokong perjuangan ini dengan cara saya walaupun kecil. Saya hanya mampu melalukan dengan apa yang saya mampu sahaja," ujarnya.

Katanya lagi, situasi itu bukan kali pertama berlaku kerana dia sering menerima tawaran yang sama sebelum ini.

"Banyak pekerjaan yang saya tolak meskipun bayaran yang ditawarkan tinggi. Saya hanya mampu menolak dan meminta maaf.

"Kebanyakan tawaran yang datang adalah dalam senarai boikot. Mereka tetap menawarkan pada saya, bukan sekali dua terapi berulang kali.

"Ramai juga artis yang terkesan dan hilang pekerjaan kerana perkara ini," tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement