Skip to main content

Selebriti

Ramai Sahaja Yang Pakai 'Dress' Berwarna, Bukan Saya Seorang" - Nadia Brian

Nadia Brian dress

Pelakon, Nadia Brian tampil pertahankan diri selepas ada pihak yang mendakwa dirinya terlalu berpakaian menonjol ketika majlis resepsi pernikahan aktres Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain.

Menurutnya, dia hanya hadir ke majlis tersebut mengikut tema yang diberikan dan bukan dia seorang sahaja yang tampil dengan busana yang berwarna.

"Semua tetamu yang hadir hanya mengikut tema iaitu 'blacktie atau dress'. Ramai sahaja yang datang pakai 'dress' berwarna, bukan saya seorang," katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam masa sama, Nadia turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk 'overshadow' pengantin, malah dia sangat terharu kerana telah dijemput ke majlis idolanya.

"Mungkin saya sahaja yang dapat lebih perhatian. Tak pernah terlintas langsung untuk overshadow sesiapa.

"Saya sangat terharu dan gembira sangat dapat hadir ke majlis resepsi idola saya sendiri iaitu Erra Fazira," ujarnya.

Nadia bagaimanapun memohon maaf jika pakaiannya telah menyinggung mana-mana pihak.

"Tapi apa pun jika ada mana-mana pihak yang terasa atau berfikiran negatif, saya minta maaf," jelasnya.

Terdahulu, Nadia mencetuskan perdebatan netizen selepas pakaiannya disifatkan sebagai tidak sesuai kerana dilihat terlalu menonjol di majlis perkahwinan Erra dan Ezwan sehingga dirinya didakwa telah 'overshadow' pengantin.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement