Skip to main content

Selebriti

Raya Kali Ini Istimewa, Zara Zya Pertama Kali Sambut Syawal Di Mekah - "Pada Mulanya Ingin Pergi Bulan Puasa Tetapi..."

WhatsApp Image 2026 03 20 at 2.15.43 AM

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya akan menyambut Hari Raya buat pertama kali di Mekah bersama ibu dan rakan terdekat pada Syawal ketiga.
  • Dia tidak membeli baju raya di Malaysia dan merancang untuk membeli pakaian di Mekah bagi mengelakkan lebihan muatan beg.
  • Zara menangguhkan umrah pada Ramadan kerana jadual padat dan harga tiket mahal, serta berharap perjalanan di Mekah berjalan lancar walaupun ada kebimbangan tentang situasi Timur Tengah.

Pelakon Zara Zya berkongsi bahawa buat pertama kalinya dia akan menyambut Hari Raya di Mekah pada Syawal ketiga bersama ibu dan rakan terdekatnya.

Menurut Zara, perancangan tersebut dibuat secara spontan memandangkan kebiasaannya setiap kali raya dia hanya meluangkan masa berjalan-jalan di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur.

"Insya-Allah, saya akan beraya di Mekah pada hari raya ketiga. Pada 22 haribulan saya akan terbang ke sana. Jadi, ini boleh dikatakan pengalaman pertama kami menyambut raya di Mekah.

"Saya pergi bersama ibu dan juga kawan Zara. Biasanya setiap kali raya kami akan keluar berjalan-jalan, pergi ke mall atau sekitar Kuala Lumpur. Tetapi kali ini saya terfikir untuk ke Mekah, dan Zara pula terus ikut sahaja, malah dia lebih gembira," katanya kepada Gempak.

Pelakon drama Love You Mr Arrogant itu turut berkata bahawa kali ini dia tidak merancang untuk membeli baju raya di Malaysia, sebaliknya bercadang untuk membeli pakaian di Mekah selepas pernah mengalami masalah lebihan muatan beg akibat membawa terlalu banyak pakaian sebelum ini.

"Untuk persiapan raya pula, saya tidak membeli baju raya baharu. Saya pula lebih gemar membeli-belah di sana. Saya sendiri tidak membawa banyak barang kerana pernah ada pengalaman membawa terlalu banyak baju, tetapi akhirnya tidak dipakai pun. Lepas itu bila membeli-belah di sana, terpaksa pula hantar balik beg dan bayar caj tambahan kerana melebihi berat.

"Kali ini saya sudah pesan pada mak supaya bawa tiga pasang baju raya sahaja, selebihnya kalau perlu kami beli di sana. Kami akan berada di Mekah kira-kira dua minggu, sekitar 12 hingga 14 hari," kongsinya.

Tambah Zara, pada awalnya dia bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan, namun terpaksa menangguhkan rancangan tersebut kerana jadual penggambaran yang padat selain harga tiket yang agak mahal ketika itu.

"Pada awalnya saya bercadang untuk pergi pada bulan puasa, tetapi memandangkan saya sedang menjalani penggambaran, ditambah pula harga tiket yang agak mahal, saya risau tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk berpuasa di tempat orang. Saya juga ada dengar bahawa pada bulan Syawal keadaan di sana tidak terlalu sesak dan lebih tenang," ujarnya.

Bagaimanapun, Zara mengakui ada sedikit rasa bimbang memandangkan keadaan semasa di Timur Tengah yang dikaitkan dengan konflik. Namun, dia tetap tenang dan percaya kepada agensi umrah yang menguruskan perjalanan tersebut.

"Apabila mula mendengar berita tentang peperangan, saya akui ada rasa sedikit risau. Namun selagi pihak agensi tidak memberi sebarang makluman atau larangan, kami ikut sahaja perancangan yang ada kerana mereka lebih menegathui tentang keadaan semasa.

"Mak saya pun ada rasa bimbang, tetapi kawan saya, Yusuf Bahrain, sudah berada di Mekah lebih awal dan dia kata keadaan di sana baik-baik sahaja. Apa pun, saya harap semuanya dipermudahkan. Doakan perjalanan saya selamat kerana saya juga tidak mahu perkara buruk berlaku," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement