Skip to main content

Berita Tempatan

Remaja Perempuan 16 Tahun Dakwa Dir*gol Secara Berkumpulan

Rogol

Seorang remaja perempuan didakwa menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki selepas dibawa ke sebuah rumah tidak diketahui dalam kejadian pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 3.21 pagi pada Sabtu.

Advertisement

"Mangsa yang berusia 16 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Senawang dengan mendakwa dirinya dirogol sekumpulan lelaki.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Jumaat lalu jam lebih kurang 8 malam di sebuah pusat karaoke di Senawang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Hatta berkata, sebelum kejadian mangsa telah meminta bantuan seorang lelaki yang baru dikenali melalui aplikasi Leo untuk menghantarnya pulang ke rumah selepas mengunjungi pusat hiburan keluarga berkenaan.

Bagaimanapun katanya, mangsa telah dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui dan dirogol secara berkumpulan.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk pemeriksaan lanjut.

"Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap empat suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun pada hari ini di kediaman mereka di kawasan sekitar Seremban,"katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Must-Watch Video