Skip to main content

Selebriti

Resipi Dikritik, Che Sayang Hargai Teguran & Lebih Teliti Dalam Perkongsian - "Saya Bukanlah Dari Latar Belakang Masakan"

WhatsApp Image 2026 03 03 at 12.13.24 PM

Sekilas

  • Che Sayang buka mulut selepas video masakannya dikritik seorang pengguna di Threads.
  • Dia hargai teguran dan berjanji akan lebih teliti dalam berkongsi resipi yang mudah dan ringkas.
  • Che Sayang akui bukan dari latar belakang memasak dan masih banyak yang perlu dipelajari.

Personaliti media sosial, Che Sayang tampil membuka mulut selepas salah satu video masakannya menerima kritikan daripada seorang pengguna di Threads.

Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid berkata dia amat menghargai setiap teguran dan dorongan netizen berkaitan video masakannya.

"Terima kasih banyak kepada yang dah berikan kata-kata semangat yang positif. Saya sangat hargai sokongan korang," tulisnya.

Katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam perkongsian resipi sambil berkongsi bahawa niatnya hanyalah untuk memudahkan orang ramai dalam menghasilkan hidangan yang sedap namun ringkas.

"InsyaAllah selepas ini, saya akan lebih teliti dalam perkongsian. Tapi matlamat utama tetaplah nak berkongsi sesuatu yang memudahkan orang. Bila dapat tahu ramai yang dapat manfaat, rasa terharu sangat," ujarnya.

Che Sayang yang terkenal dengan 'tagline' 2 Minit 1 Resipi itu menjelaskan bahawa dia bukanlah datang dari latar belakang memasak, malah akui masih banyak perkara yang belum dia pelajari.

"Saya bukanlah dari latar belakang masakan. Banyak yang perlu saya pelajari dari masa ke masa. Sekali lagi, terima kasih yang memberi semangat dan teguran. Selamat berpuasa semua,"jelasnya.

Terdahulu, seorang netizen mengecam video masakan Che Sayang yang disifatkan sebagai tidak semenggah dan tidak memberikan resipi yang tepat.

Anda mungkin berminat dengan

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement