Skip to main content

Selebriti

Restu Arwah Ibu Jadi Penguat, Hafiz Suip Kongsi Detik Perkenalan Dengan Isteri - “Dia Pernah Berpesan Dekat Saya…”

WhatsApp Image 2026 02 27 at 11.33.04 AM

Sekilas

  • Hafiz berkongsi detik perkenalan dengan isteri, Fiona, yang bermula secara tidak dirancang ketika mencari penyanyi pengganti untuk konsertnya di Kuching pada 2004.
  • Sikap prihatin Fiona terhadap ibu arwah Hafiz menjadi salah satu sebab utama dia menerima Fiona dalam hidupnya dan mereka sudah rapat sebelum berkahwin.
  • Hafiz dan Fiona selamat bernikah pada 13 Februari dalam majlis tertutup di Petrajaya Kuching, selepas memenuhi restu dan pesan arwah ibu Hafiz.


Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Hafiz tampil mendedahkan detik-detik perkenalannya bersama isteri tercinta, Fiona.

Menurut Hafiz, pertemuan mereka berlaku secara tidak dirancang sewaktu dia mencari penyanyi pengganti bagi Adira untuk mengadakan Konsert Hafiz Suip-Perjalananku yang berlangsung pada 13 Oktober 2024 di Kuching, Sarawak.

"Kami mula berkenal sewaktu konsert saya di Kuching , Sarawak pada tahun 2004. Ketika itu, saya mencari penyanyi untuk menggantikan Adira.

"Ketika itu saya sedang lepak di satu kedai makan dan ada seorang wanita yang sedang menyanyikan lagu saya iaitu Ku Akui. Saya diberitahu orang pemilik suara merdu itu adalah milik Fiona.

"Asalnya saya tak percaya dia seorang penyanyi tetapi selepas saya Google memang keluar nama dia. Malah dia telah menyanyi sebelum kemunculan saya lagi. Kemudian, saya cakap nak bawa dia jadi penyanyi undangan konsert saya dan dari situ kami mula berkawan," katanya kepada Gempak.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Yang Engkau Mahukan yang berlangsung di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam masa sama, Hafiz turut berkongsi sikap prihatin serta keakraban Fiona terhadap ibunya membuatkan dia terbuka hati untuk menerima Fiona dalam hidupnya.

"Keistimewaan yang ada pada Fiona ialah saya suka dengan sikap prihatin yang ada pada Fiona. Dia tahu macam mana nak kawal lelaki sepeti saya.

"Alhamdulillah, sebenarnya ini pun restu arwah ibu juga. Ibu adalah keutamaan saya. Fiona memang sudah rapat dengan arwah ibu. Mereka telah mengenali satu sama lain sebelum ini.

"Masa awal perkenalan dulu pun perkara pertama yang saya lakukan adalah bawa Fiona bertemu dengan ibu," ujarnya.

Mengimbas kembali detik sebelum melangkah ke alam perkahwinan, Hafiz mendedahkan arwah ibunya pernah meluahkan hasrat untuk melihat dia disatukan dengan Fiona.

"Ibu pernah berpesan dekat saya yang saya sedang dalam proses cerai, jadi niat saya kena buat betul-betul.

"Maksud ibu, dia suruh saya bernikah dengan cara yang betul. Sebab itu saya cakap dengan Fiona, kita kena tunaikan permintaan ibu," jelasnya.

"Sepatutnya tarikh nikah kami pada tarikh lahir ibu, iaitu pada 15 Februari, tetapi ayah berpesan untuk tidak melewat-lewatkan pernikahan, jadi kami pilihlah 13 Februari.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching.

Sekadar rekod, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Manakala, Fiona turut pernah berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum berpisah dengan jejaka tersebut lima tahun lepas.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement