Sekilas
- Pelakon Riena Diana mendedahkan dia dan kekasihnya, Keith Foo, pernah menerima kecaman daripada individu dalam industri hiburan yang tidak mereka kenali secara peribadi.
- Riena terkejut kerana individu tersebut hanya dikenali sebagai figura awam dan tidak mempunyai hubungan rapat dengan mereka.
- Walaupun mengetahui ada orang bermuka-muka, Riena dan Keith memilih untuk ketawa dan mengingatkan diri tentang realiti tersebut.
Pelakon, Riena Diana mendedahkan bahawa dirinya dan kekasih yang juga pelakon, Keith Foo pernah menerima kecaman daripada individu dalam industri hiburan sendiri.
Menerusi perkongsian di Threads, Riena berkata dia terkejut apabila mengetahui perkara tersebut memandangkan mereka tidak mempunyai hubungan rapat dengan individu berkenaan.
"Saya pernah dapat tahu orang kutuk saya dan Keith. Orang itu dalam industri sendiri. Padahal kami tak kenal mereka secara peribadi. Saya cuma kenal dia sebagai 'public figure' tetapi hanya setakat itu sahaja," tulisnya.
Susulan pendedahan itu, Riena berkata dia sentiasa mengingatkan diri bahawa wujud segelintir individu yang bermuka-muka dan baik di hadapan namun sebaliknya di belakang.
Katanya, dia dan Keith hanya mampu ketawa apabila mengetahui realiti sebenar di sebalik cerita berkenaan.
"Sekarang bila saya dah tahu, saya mampu gelak sahaja dan sentiasa ingatkan diri saya yang wujud orang yang 'fake' sebab bila jumpa depan-depan kemain baik dan mendoakan kami berdua. Padahal, kami berdua tahu cerita yang sebenar, kami mampu gelak sahaja," ujarnya.