Skip to main content

Selebriti

Riena Diana Kongsi Barang Hampir Dicuri, Ada Kesan Garis Panjang Di Bahagian Bawah Beg - "Luluh Hati Saya..."

Riena Diana Kongsi Barang Hampir Dicuri, Ada Kesan Garis Panjang Di Bahagian Bawah Beg - "Luluh Hati Saya..."

Sekilas

  • Pelakon Riena Diana kecewa selepas mendapati begnya hampir dicuri apabila terdapat kesan koyakan panjang di bahagian bawah beg tersebut.
  • Kesan koyakan dipercayai dibuat menggunakan pisau pada beg yang diperbuat daripada material tebal dan sukar koyak.
  • Riena berasa sedih kerana terpaksa berjimat selama enam bulan untuk membeli beg itu dan kini tidak mahu menggunakannya lagi.
Advertisement

Pelakon, Riena Diana meluahkan rasa kecewa selepas menyedari dirinya hampir menjadi mangsa kecurian.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Riena mendapati terdapat kesan koyakan yang panjang di bahagian bawah begnya.

Advertisement

Kesan tersebut dipercayai akibat cubaan seseorang untuk mengambil barang di dalam beg tersebut.

"Saya sedih. Saya rasa ada seseorang nak cuba curi barang dalam beg. Dia koyakkan bahagian bawah beg saya. Panjang," kongsinya.

Menurut Riena, beg tersebut diperbuat daripada material yang tebal dan bukan mudah untuk koyak. 

Advertisement

Malah, kesan pada begnya itu seolah-olah dibuat menggunakan pisau.

"Beg ni bukan jenis senang koyak. Beg ini tebal. Dia koyak macam pisau,"ujarnya.

Dalam masa sama, Riena turut mengakui hatinya luluh melihat keadaan beg berkenaan terutama selepas dia berusaha dan berjimat untuk memiliki beg tersebut. 

"Dahla saya beli beg ni, saya tak makan enam bulan. Luluh hati saya tengok. Saya tak nak dah pakai beg ni," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement