Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ronnie Hussein Turun 17kg, Nekad Kurus Sebab Susah Cari Baju Show

Fiza Kamarudin
26/01/2017 10:01 MYT
Peserta Duo Star, Ronnie Hussein mengakui nekad menurunkan berat badannya kerana sukar mencari baju yang sesuai setiap kali melakukan persembahan.

Ronnie Hussein berkata, azam untuk menurunkan berat badan sudah lama ditanam, namun tidak pernah serius untuk melalukannya.

“Tahun 2017 ini memang saya nekad nak kurus, jadi saya dah mula amal pemakanan sihat dan bersenam azam ni dah lama.

“Bermula hujung tahun lepas sehingga ke hari ini, dalam masa lebih kurang dua bulan berat badan saya turun sebanyak 17 kilogram(kg) iaitu dari 96kg ke 79kg.

“Saya ada 9kg lagi mahu diturunkan kerana berat ideal saya ialah 70kg hingga 75kg. Saya harap saya berjaya capai target dalam masa dua bulan ini,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Tambah Ronnie lagi, dia perlu melakukan perubahan kerana persaingan daripada penyanyi-penyanyi baru yang semakin ramai.

“Sekarang ini ramai penyanyi baru yang muda-muda, kurus-kurus dan berbadan elok, jadi saya rasa saya perlu melakukan sesuatu.

“Lagipun bila berbadan besar, memang susah nak cari baju untuk show. Walaupun banyak sponsor masuk untuk berikan baju mereka, tapi ia susah untuk saya kerana saiz.

“Jadi sekarang ini, saya tidak akan hadapi masalah tersebut lagi. Saya juga sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, kurangkan pengambilan nasi dan benda-benda manis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ronnie turut berkongsi tentang single terbarunya Menanti Janji yang telah melancarkan klip video pada hujung tahun lepas.

Setakat ini muzik video Menanti Janji telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali di laman YouTube.

Selain itu, Ronnie yang berpasangan dengan Sarah Fazny menerusi program realiti Duo Star telah tersingkir pada minggu suku akhir.

Duo Star bersiaran pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

#Penyanyi #Penyanyi #Ronnie Hussein
;