Pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzman mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video house tour kediaman barunya di London, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan itu dilihat sedang memindahkan barang ke rumah sewa berharga £4,000 sebulan (lebih RM22,000) selepas hampir dua minggu menginap di sebuah Airbnb bernilai sekitar RM700 semalam.
Advertisement
Menariknya, jarak rumah pilihan mereka itu juga berdekatan dengan penginapan sementara tersebut.
Jarak rumahnya dari Airbnb adalah sangat berdekatan.
"Selamat datang ke rumah kami. Semoga dekat environment baru, rumah baru, kami berjaya mendapatkan bibik," kata pasangan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan rumah pilihan pasangan berkenaan.
"Cantik gila rumah, Berjaya ye rebut.
"Akhirnya pilih rumah nombor tiga, £4K sebulan.
"She Berjaya rebut rumah nombor 3. Semoga yang baik-baik sahaj buat kamu berdua.
"Gembira tengok pasangan ini," komen netizen.
Malah, ada juga yang tidak ketinggalan menitipkan doa agar pasangan itu segera dikurniakan cahaya mata.
"Semoga Nurul Jannah dan suami dikurniakan zuriat dari Rahim, mudah-mudahan menjadi ibu ayah yang sentiasa bertakwa.
"Semoga Jannah dan suami dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan zuriat.
"Semoga dapat baby," tulis netizen.
Terdahulu, Janna Nick memaklumkan bahawa dia dan Dini akan berpindah ke luar negara buat sementara waktu bagi menyambung pengajian di London.
Malah, Janna juga sempat berkongsi proses house hunting sebelum akhirnya membuat keputusan memilih rumah tersebut.