Skip to main content
Advertisement

Berita

Ryenald Guntabid Pertimbang Pindah Ke KL, Kongsi Sebab Berbelah-Bahagi - "Saya Rasa Mereka Memerlukan..."

Ryenald Guntabid Pertimbang Pindah Ke  KL, Kongsi Sebab Berbelah-Bahagi - "Saya Rasa Mereka Memerlukan..."

Sekilas

  • Ryenald Guntabid mempertimbangkan untuk berpindah ke Kuala Lumpur selepas meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu Ke-40.
  • Kejayaan di AJL40 mendorong Ryenald untuk mengembangkan kerjaya seni secara lebih serius di ibu negara.
  • Walaupun begitu, Ryenald masih mahu kekal dekat dengan Sabah untuk menjadi inspirasi kepada anak muda di sana.
Advertisement

Selepas meraih kemenangan tempat ketiga di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), penyanyi, Ryenald Guntabid tidak menolak kemungkinan untuk berpindah ke Kuala Lumpur (KL). 

Menurut Ryenald, kejayaannya di pentas berprestij itu mendorong lagi dirinya untuk berhijrah ke ibu negara demi mengembangkan kerjaya seninya.

Advertisement

"Ketika soalan itu diajukan kepada saya di Anugerah Industri Muzik pada tahun lepas, saya masih lagi tidak dapat membayangkan saya tinggal di Kuala Lumpur sepenuh masa.

"Saya rasa selepas ini kebarangkalian itu sudah menjadi 89.71 peratus pasti, tinggal hal-hal yang lain saja yang akan menentukan sama ada saya akan berpindah ke Kulala Lumpur atau pun tidak,"katanya.

Ryenald berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sidang media malam kemuncak AJL40 yang berlangsung di Unufi Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

Dalam pada itu, anak kelahiran Sabah itu berkata bahawa sebelum ini dia masih berbelah bahagi untuk berpindah kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

"Di Sabah, saya rasa mereka memerlukan seseorang yang perlu dijadikan contoh yang 'dekat' di sana.

"Saya rasa saya perlu lebih dekat di sana selepas meraih kemenangan tempat ketiga di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40. Saya rasa ramai anak-anak muda baru mula nak berkarya terdorong kalau saya berada di sana. Saya mahu menjadi inspirasi kepada mereka,"ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement