Sekilas
- Pelakon Ben Amir mengesahkan dia telah berkahwin dengan Maiya pada Disember 2025 melalui perkongsian di Instagram.
- Ben mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan baik yang diterima daripada rakan artis dan netizen.
- Maiya, yang kini dikenali sebagai Liana Alara selepas memeluk Islam, turut berkongsi rasa syukur atas perjalanan keislamannya yang lancar.
Pelakon, Ben Amir mengesahkan perkahwinannya bersama pilihan hatinya, Maiya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben memaklumkan bahawa dia telah selamat menjalinkan ikatan perkahwinan pada Disember tahun lalu.
"Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025. Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah pada kedua pasangan sejoli itu.
"Alhamdulillah. Tahniah Ben dan Maiyaa.
"Tahniah kedua-duanya.
"Alhamdulillah, tahniah kepada awak berdua.
"Alhamdulillah m, tahniah bro dan sis," komen mereka.
Terdahulu, Ben seakan-akan memberi bayangan dia dan Maiya atau nama Islam, Liana Alara sudah melangsungkan perkahwinan.
Pada November tahun lalu, Ben Amir mengumumkan berita gembira mengenai kekasihnya yang sudah pun memeluk Islam.
Wanita asal Filipina itu meluahkan rasa syukur apabila perjalanannya untuk memeluk Islam berjalan dengan lancar dan memilih nama Liana Alara.