Skip to main content

Selebriti

Sakit Dada & Rasa Nak Nangis, Ezzanie Jasny Tak Sanggup Lihat Haiwan Diseksa - “Mereka Pun Makhluk Hidup Juga”

Sakit Dada & Rasa Nak Nangis, Ezzanie Jasny Tak Sanggup Lihat Haiwan Diseksa - “Mereka Pun Makhluk Hidup Juga”

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny meluahkan rasa terkilan selepas melihat video tular yang memaparkan penderaan terhadap haiwan.
  • Beliau menegaskan haiwan juga makhluk hidup yang mampu merasai ketakutan, kesakitan dan penderitaan seperti manusia.
  • Ezzanie sukar memahami bagaimana ada individu yang sanggup menyakiti haiwan tanpa memikirkan penderitaan mereka.
Advertisement

Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa terkilan selepas melihat video tular yang mempamerkan  penderaaan terhadap haiwan.

Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie mempersoalkan tindakan segelintir manusia yang sanggup berlaku kejam terhadap haiwan tidak bersalah.

Advertisement

Menurutnya, haiwan juga merupakan makhluk hidup yang mampu merasai ketakutan, kesakitan dan penderitaan sama seperti manusia.

“Sakitlah dada aku tengok video-video binatang kena seksa ni. Ya Allah, macam mana manusia boleh buat benda sekejam ini dan masih boleh hidup seperti tiada apa yang berlaku.

“Mereka pun makhluk hidup juga. Mereka rasa takut, sakit dan merana juga. Tetapi mereka tidak boleh bercakap atau pertahankan diri mereka,” tulisnya.

Advertisement

Dalam pada itu, Ezzanie mengakui sukar memahami bagaimana ada individu yang sanggup menyakiti haiwan tanpa memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh makhluk tersebut.

“Saya sejujurnya tidak boleh memahami bagaimana sesetengah orang ada sifat empati yang rendah. Apa yang makhluk tidak bersalah ini buat sampai perlu hadap kekejaman seperti ini. Nak nangis rasa,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement