Skip to main content

Berita

“Sakitnya Tengok YB Nangis” – Netizen Sebak Lihat Syed Saddiq Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Dr. Hasmah

“Sakitnya Tengok YB Nangis” – Netizen Sebak Lihat Syed Saddiq Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Dr. Hasmah

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dilihat menangis ketika menghadiri pengebumian Tun Dr. Hasmah, isteri Tun Dr. Mahathir, yang meninggal dunia pada usia 100 tahun.
  • Video tular menunjukkan kesedihan Syed Saddiq dan Tun Dr. Mahathir ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
  • Syed Saddiq sebelum ini sempat menerima nasihat daripada Tun Dr. Hasmah mengenai perkahwinan dan kehidupan dalam pertemuan terakhir mereka bersama tunangnya, Bella Astillah.
Advertisement

Momen Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak dapat menahan air mata ketika menghadiri istiadat pengebumian YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali meraih perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di Threads, Syed Saddiq dilihat menangis ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Rakaman sama turut memaparkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kelihatan sayu ketika mengiringi perjalanan terakhir isteri tercinta.

Rata-rata netizen mengakui tersentuh melihat kesedihan Syed Saddiq selain menyifatkan hubungannya dengan pasangan berkenaan cukup rapat.

“Sakitnya tengok YB nangis,” komen seorang netizen.

“YB Syed Saddiq memang sayang betul pasangan Tun M dan Tun Dr. Hasmah. Mentor beliau,” tulis seorang lagi.

Tidak kurang juga yang mengimbau pertemuan Syed Saddiq bersama Allahyarhamah baru-baru ini sebelum pemergiannya.

“Syed Saddiq baru datang jumpa arwah Tun baru-baru ini untuk jemputan perkahwinan.

“Jemputan Tun oleh Pencipta-Nya lagi hakiki dan pasti. Al-Fatihah,” tulis seorang pengguna Threads.

Sebelum ini, Syed Saddiq turut berkongsi bahawa Allahyarhamah sempat menitipkan nasihat mengenai perkahwinan, keluarga dan kehidupan ketika pertemuan terakhir mereka bersama tunangnya, Bella Astillah.

YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 16 Rabiulakhir 1448H.

Pemergian Allahyarhamah mengundang rasa kehilangan dalam kalangan keluarga, kenalan serta masyarakat yang mengenang jasa dan sumbangannya sepanjang hayat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement