Berita
“Sampai Sekarang Masih Gementar, Tipulah Naik Pentas Terus Boleh Nyanyi” – Amelina
Bintang GegarVaganza 5 (GV5), Amelina akui masih lagi gementar setiap kali mahu membuat persembahan di atas pentas.
Kata Amelina perasaan gementar itu adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Walaupun sudah lama berada dalam industri tetapi saya tetap tak boleh nak lawan perasaan gementar.
“Sampai sekarang pun bila naik atas pentas masih lagi gugup. Tipulah kalau orang kata naik stage terus boleh menyanyi.
“Lagi-lagi apabila masuk GV5. Saya tidak kisah mengenai kritikan tetapi tahap gementar saya. Sedangkan show sendiri pun dah rasa semacam apatah lagi pertandingan.
“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya tetap akan berikan yang terbaik untuk persembahan nanti,” katanya ketika ditemui Gempak.
Selain Amelina, 11 bintang lain yang turut menyertai program berkenaan adalah Zamani, Maya Matahari, Elite, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Safura, Noryn Aziz, Farawahida, Billy Zulkarnain, Shafie (Rio) dan kumpulan Forteen.
GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Program itu turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan “on demand” untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Layari www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Foto: Instagram @amelinaamirsharipuddin
Must-Watch Video