Skip to main content

Filem

“Saya Banyak ‘Rasuah’ Dia Dengan…” - Pengarah Mojoku Hilang Jaga Hubungan Dengan Mojo, Siap Tak Makan Daging Selama Tiga Bulan

“Saya Banyak ‘Rasuah’ Dia Dengan…” - Pengarah Mojoku Hilang Jaga Hubungan Dengan Mojo, Siap Tak Makan Daging Selama Tiga Bulan

Sekilas

  • Pengarah Min Lim berkongsi pengalaman menguruskan Mojo, seekor lembu yang menjadi watak utama dalam filem romantik komedi Mojoku Hilang.
  • Mojo menerima layanan istimewa termasuk rumah khas dan makanan kegemaran seperti pisang untuk memastikan dia tenang sepanjang penggambaran.
  • Filem Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar untuk mendapatkan kembali Mojo dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Advertisement

Pengarah, Min Lim berkongsi pengalamannya menguruskan Mojo, seekor lembu yang menjadi peneraju utama dalam filem romantik komedi terbaharunya, Mojoku Hilang.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses penggambaran, lembu berwarna hitam putih itu berjaya memenuhi hampir semua kehendak yang telah dirancang Min untuk filem tersebut.

Advertisement

Malah, Mojo menerima layanan istimewa sepanjang penggambaran, termasuk penjagaan rapi, kebajikan yang diutamakan serta sebuah rumah khas yang dibina untuknya.

“Malaysia tiada langsung jurulatih haiwan khusus untuk filem. Jadi kami perlu mencari lembu yang berperangai baik dan tenang. Kami bawa dia ke Perlis bersama pengendalinya. Saya ada senarai perkara yang saya mahu Mojo lakukan, dan apabila berada di set, saya sedar dia berjaya memenuhi hampir semua ‘checklist’ itu.

“Saya tahu kalau dia tak mahu buat sesuatu, memang dia tak akan buat. Kadang-kadang makan pun perlu disuapkan. Kami juga bina rumah khas untuk Mojo, lengkap dengan ‘sliding door’ supaya dia boleh keluar masuk dengan mudah,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Dalam masa sama, Min mendedahkan dia sentiasa memastikan Mojo berada dalam keadaan tenang dengan memberi makanan kegemarannya iaitu pisang, walaupun haiwan itu kadangkala menunjukkan ‘sikap diva’.

“Sebenarnya dia sangat tenang, tetapi biasalah haiwan, kita tak boleh kawal sepenuhnya. Setiap hari saya akan datang ke set dan peluk dia, sampai saya sendiri tak makan daging selama tiga bulan.

“Bila dah ada hubungan dengan lembu, rasanya sama sahaja seperti memelihara haiwan kesayangan. Kadang-kadang dia mengamuk sedikit, jadi saya banyak ‘rasuah’ dia dengan pisang. Lepas itu dia akan tenang semula. Ada masanya dia dah tak mahu makan pisang yang sudah dijilat, kena beri yang baharu. Memang ada perangai diva,” ujarnya.

Bercerita mengenai proses pemilihan Mojo, Min berkata dia dan pasukannya menjelajah beberapa ladang tenusu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum menemui lembu yang benar-benar menepati kriteria yang dicari.

“Kami pergi ke hampir semua ladang tenusu di Kuala Lumpur dan Selangor. Saya pilih berdasarkan kelakuan dan rupa fizikalnya. Ada yang berwarna coklat, hitam putih dan macam-macam lagi. Akhirnya kami jumpa Mojo yang mempunyai perangai menyenangkan serta kelihatan comel kerana dia sangat mudah dikendalikan,” katanya.

Sinopsis:
Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai penduduk kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak “menculiknya” bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikat miliknya sendiri.

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement