Skip to main content

Selebriti

“Saya Bukan Mudah Dibeli…” - Azeva

“Saya Bukan Mudah Dibeli…” - Azeva

Sekilas

  • Azeva, anak kepada penerbit Datuk A.Aida, menjelaskan kenyataan ibunya mengenai hantaran RM10 juta sebagai perumpamaan untuk menunjukkan ibunya belum bersedia melepaskan dirinya kepada orang lain.
  • Azeva lebih rela menerima wang daripada ibunya daripada lelaki yang niatnya tidak diketahui, dan menegaskan dia bukan mudah dibeli walaupun dengan jumlah besar.
  • Dia bersuara kerana tidak tahan melihat komen negatif yang melampaui batas terhadap ibunya, terutama daripada lelaki yang tidak menghormati wanita.
Advertisement

Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida iaitu Azeva tampil menjelaskan mengenai kenyataan ibunya berhubung hantaran RM10 juta.

Menurut Azeva, kenyataan tersebut hanyalah perumpamaan yang menggambarkan bahawa ibunya masih belum bersedia untuk melepaskan dirinya kepada orang lain.

Advertisement

Katanya, dia lebih sanggup mengambil wang daripada ibunya berbanding menerima daripada lelaki yang tidak diketahui niat sebenar mereka.

“Itu maksud tersirat mama sebab dia tak mahu anak dia terlepas lagi. Dia mahu anak dia masih di bawah jagaan dia.

“Kalau lelaki beri saya RM10 juta pun saya tak nak. Baik saya cari sendiri sebab kalau dia senang-senang beri, itu maksudnya dia tak hormat saya. Mak saya tidak akan terima.

Advertisement

“Saya bukan mudah dibeli. RM100 juta pun tak nak. Baik saya ambil duit mak saya berbanding duit lelaki. Niat mak saya baik. Niat lelaki kita tak tahu. Mencurigakan,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Azeva berkata perkara yang mendorongnya untuk bersuara adalah kerana tidak tahan melihat komen yang dilemparkan terhadap ibunya yang disifatkan sudah melampaui batas.

“Ramai sangat melebih-lebihkan kata-katanya. Kebanyakannya pak cik dan suami orang. Saya tak faham, dia rasa macam diri dia entitled padahal dia ada anak perempuan.

“Bayangkan kalau orang cakap macam itu kepada anak dia. Sebab itulah saya tegur mengenai perkara itu. Tak bermaksud mereka boleh cakap seperti itu mengenai perempuan. Bila saya baca, saya rasa geli. Saya tulis supaya pak cik tua itu faham. Tuhan ini Maha Adil,” ujarnya.

Terdahulu, A.Aida mendedahkan ramai lelaki mula cuba mendekati Azeva selepas namanya semakin dikenali dalam industri hiburan.

A.Aida kemudian berseloroh meletakkan syarat, iaitu lelaki yang ingin berkahwin dengan Azeva perlu menyediakan hantaran sebanyak RM10 juta.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video

Advertisement