Skip to main content

Selebriti

"Saya Cuma Tinggi Suara, Tak Tengking Pun" - Sufi & Isteri Buka Mulut Salah Faham Isu Pengasuh

Sufi dan isteri pengasuh

Sekilas

  • Sufi Rashid dan isterinya, Ain, menjelaskan isu pengasuh mereka dalam sesi live TikTok, menafikan dakwaan menengking dan membaling beg.
  • Mereka berkongsi pengalaman pengasuh yang tidak menjalankan tugas dengan baik dan kurang profesional ketika menjaga anak mereka.
  • Sufi meminta pengasuh memadam hantaran fitnah di media sosial untuk mengelakkan pertelingkahan lanjut.

Penyanyi, Sufi Rashid dan isterinya, Ain tampil menjelaskan isu membabitkan pengasuh mereka menerusi satu sesi live di TikTok.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, Ain menjelaskan bahawa itu merupakan kali pertama dia meninggikan suara, namun menolak dakwaan bahawa dia menengking pengasuh berkenaan.

Ain dan Sufi turut menceritakan pengalaman mereka sepanjang menggunakan khidmat pengasuh tersebut yang disifatkan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik serta bekerja dengan perlahan.

"Itu pertama kali saya tinggi suara, saya tak tengking. Bila saya tengah makan dengan suami. Kalau saya dah upah pengasuh, sepatutnya dia kena jaga anak saya dahulu sementara kami sedang makan. Anak saya nangis tetapi dia hanya makan sahaja. Saya yang bawa keluar anak saya.

"Ada satu masa, kami ada keluar jalan dan saya nak naik cable car. Tiba tiba dia kata nak tunggu bawah sahaja. Apabila saya tidak benarkan, dia buat muka. Sampai kat lapangan kapal terbang, dia duduk je kat kerusi. Tidak bantu saya atau jaga anak saya pun. Awak sepatutnya kena lebih profesional kalau kena marah dengan majikan.  Awak kena layan bos awak," kongsi mereka.

Ain turut menafikan dakwaan bahawa dia pernah membaling beg kepada pengasuhnya itu.

"Tidak, saya tak baling pun beg tersebut pada dia. Kami pun tidak minta dia untuk angkat barang sebab semua barang itu di atas kereta sorong bayi," katanya.

Dalam masa sama, Sufi menitipkan pesanan terbuka buat pengasuh tersebut agar memadamkan hantaran yang dimuat naik kerana tidak mahu memanjangkan isu.

"Kepada pengasuh tersebut, awak tahu awak dah fitnah kami dan apa yang awak cerita itu salah. Kalau awak tahu awak salah, padam sahaja hantaran tersebut dan move on. Kami pun tidak mahu bergaduh seperti ini," ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman buruk bekerja sebagai pengasuh kepada seorang pempengaruh.

Walaupun tidak menyebut nama, rata-rata netizen meneka ia merujuk kepada Sufi dan Ain.

Sekadar rekod, pasangan itu berkahwin pada 21 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sabreen Aleyna pada November tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement