Skip to main content
Advertisement

Selebriti

"Saya Dengar Bunyi Tapak Kaki Menuju Ke..." - Nad Zainal

"Saya Dengar Bunyi Tapak Kaki Menuju Ke..." - Nad Zainal

Sekilas

  • Nad Zainal berkongsi pengalaman menyeramkan apabila terdengar bunyi tapak kaki dan bunyi cawan di dapur ketika hampir tertidur di sofa rumahnya beberapa tahun lalu.
  • Pembantu rumah dan anak sulungnya menafikan berada di dapur pada waktu kejadian, menyebabkan Nad tidak tahu siapa sebenarnya yang membuat bunyi tersebut.
  • Sejak kejadian itu, Nad tidak lagi tidur di ruang tamu kerana rasa tidak selesa dan misteri yang belum terjawab.
Advertisement

Pelakon, Nad Zainal berkongsi pengalaman menyeramkan ketika dia hampir tertidur di atas sofa di ruang tamu rumahnya, beberapa tahun lepas.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad berkata kejadian tersebut berlaku pada tengah malam sebelum dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang yang sedang menuju ke dapur untuk minum air.

Advertisement

“Kejadian berlaku sekitar beberapa tahun lepas, saya tak berapa sedap badan. Baring di sofa ruang tamu sambil lengan menutup muka. Waktu itu sekitar 11 lebih atau 12 malam. Saya ada bibik (waktu ini belum kahwin lagi dengan Ismail), jadi di rumah hanya anak-anak dan pembantu rumah. 

“Saya hampir terlelap. Saya dengar bunyi tapak kaki menuju ke dapur, tuang air coway dalam cawan plastik dan buang cawan dalam sinki,”tulisnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya pada pembantu rumahnya sama ada dia ada pergi ke dapur pada malam itu, pembantu rumah itu menafikan perkara tersebut.

Malah anak sulungnya, Fahad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Yem juga turut tidak pergi minum air dan sedang tidur di biliknya ketika itu.

“Esok harinya, bila saya tanya bibik kat mana cawan dalam sinki ini, dia jawab dia tak minum sambil tunjuk cawan itu.

“Yang ada di rak pinggan, saya tanya kalau Yem ada minum ke tak dan dia hanya kata tak. Bibik pun jadi saksi yang Yem memang tak bangun malam pun tadi,”ujarnya.

Menurut Nad, sehingga kini, dia masih tidak tahu pelaku sebenar, malah dia juga tidak mahu untuk tidur di ruang tamu lagi.

“Sampai sekarang, tak tahulah siapa yang pergi minum air dan buat bunyi campak cawan dalam sinki. Sebab memang itu rutin harian kami di rumah. Sejak dari hari itu, saya tak lagi tidur di sofa,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement