Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Saya Pernah Kerja Dengan Dia, Saya Tahu Sejauh Mana ‘Diva’ Dia” - Erma Fatima

“Saya Pernah Kerja Dengan Dia, Saya Tahu Sejauh Mana ‘Diva’ Dia” - Erma Fatima

Sekilas

  • Erma Fatima tekankan pentingnya pelakon yang beri komitmen penuh dan elak pelakon bermasalah atau diva dalam produksi filemnya.
  • Walaupun barisan pelakon Langit 2 Warna ada perangai masing-masing, hubungan seperti keluarga memudahkan pengurusan di set.
  • Erma kembali menerbitkan filem selepas hampir sedekad dengan Langit 2 Warna, menampilkan pelakon hebat seperti Reza Rahadian dan Christine Hakim.
Advertisement

Pengarah, Erma Fatima menegaskan dia hanya berminat memilih pelakon yang mampu memberikan komitmen penuh terhadap karya arahannya.

Menurut Erma, dia tidak mahu mengambil pelakon yang mempunyai perangai diva kerana dia perlu berdepan dengan pelakon senior yang masing-masing mempunyai karakter tersendiri.

Advertisement

“Saya tak mahu pelakon yang bermasalah sebab saya tahu saya kena layan pelakon yang lebih diva seperti Eman Manan.

“Saya pernah bekerja dengan dia, jadi saya tahu sejauh mana diva dia. Kemudian, Christine dan Reza pasti ada juga.

“Takkan saya nak tambah lagi. Saya yang mati di set kalau pelakon kecil pun nak buat perangai diva juga,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Erma berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Langit 2 Warna di Wyndham Suites KLCC, pada Rabu.

Dalam pada itu, Erma mengakui barisan pelakon Langit 2 Warna yang bakal diterbitkannya juga mempunyai perangai masing-masing.

Namun, hubungan mereka yang sudah seperti keluarga membuatkan perkara itu lebih mudah untuk dikawal.

“Barisan artis sekarang pun ada juga perangai mereka sedikit, tetapi apabila kita bekerja seperti keluarga, mungkin perangai itu akan kurang sedikit.

“Saya juga mempunyai pasukan yang sangat hebat, daripada art director hinggalah kepada pengarah muzik, Ramli MS,” ujarnya.

Sekadar info, selepas hampir sedekad tidak menerbitkan filem, Erma akhirnya kembali dengan karya terbaharunya menerusi Langit 2 Warna yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.

Filem berkenaan menampilkan Reza Rahadian dan Ummi Nazeera sebagai peneraju utama, selain dibintangi barisan pelakon hebat seperti Christine Hakim, Eman Manan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Umie Aida, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Zizi Kirana dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement