Skip to main content

Selebriti

“Saya Rindu Adik-Beradik Saya” - Sharif Zero

“Saya Rindu Adik-Beradik Saya” - Sharif Zero

Sekilas

  • Sharif Zero rindu untuk beraksi bersama adik-beradiknya, Atu dan Melati, namun kekangan masa dan komitmen kerja menyukarkan mereka berkumpul.
  • Sharif berharap kumpulan Zero dapat kembali bersatu dan percaya program komedi masih diminati jika mendapat sokongan kuat daripada penonton.
  • Walaupun ada hasrat untuk menghasilkan program lawak sendiri, Sharif belum bersedia kerana komitmen besar dan kesukaran mengumpulkan semua pelawak pada satu masa.
Advertisement

Pelawak, Sharif Zero mengakui dirinya rindu untuk kembali beraksi bersama adik-beradiknya, Atu dan Melati di atas pentas yang sama.

Menurut Sharif, kekangan masa dan komitmen kerja masing-masing menyebabkan mereka kini sukar untuk berkumpul seperti dahulu.

Advertisement

“Alhamdulillah Kumpulan Zero ada lagi. Tapi nak bersama itu, macam yang semua tahu memang susah sikit sebab masing-masing ada kekangan kerja. Saiful pun di Sabah. Tawaran pun dapat asing-asing.

“Banyak tawaran di Sabah tetapi saya pula tak boleh pergi sebab keluarga semua di sini. Kali terakhir kami berkumpul sebagai satu kumpulan untuk berakasi bersama memang dah lama. Kali terakhir dalam filem Duyung 2.

“Saya rindu zaman perform sama-sama balik, cuma ruang kami agak sempit dan keadaan sekarang seperti yang korang tahu juga.

“Apa yang saya harapkan doa daripada semua peminat. Semoga ada sinar Zero dapat kembali. Saya rindu adik-beradik saya. Saya hanya mampu berdoa agar kami dapat bersatu kembali,” katanya kepada Gempak.

Sharif berkata demikian ketika ditemui pada program Weekend Fete Al Aqsa Carpets di Al Aqsa Carpets Factory Outlet pada Sabtu.

Dalam masa sama, Sharif menyedari ramai peminat komedi merindukan program-program lawak dan dia percaya perkara itu boleh direalisasikan jika mendapat sokongan yang kuat daripada penonton.

“Saya perasan ramai yang kongsi semula klip program komedi. Dari situ kita tahu penonton perlukan hiburan lawak. Saya pun tak tahu jika masih ada lagi ke peluang itu. Sebenarnya program itu saya yakin boleh dibuat. Namun semua peminat komedi perlu menujukkan sokongan yang kuat. Insya-Allah ia boleh dibuat.

“Bukan setakat peminat, rakan dan keluarga pun asyik bertanya jika ada program sama-sama. Nak menjawab pun terrasa berat dan tak tahu bila lagi. Jika ada rezeki, adalah. Kalau ada banyak sambutan, adalah,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia berhasrat menghasilkan program lawak sendiri, Sharif berkata dia masih belum bersedia kerana ia memerlukan komitmen yang besar dan sukar untuk mengumpulkan semua pelawak pada satu masa.

“Saya memang ada terfikir nak buat program sama-sama dan kumpulkan semua pelawak. Kami semua ada komitmen masing-masing. Cuma susah nak kumpulkan semua orang. Tanggungjawab nak buat program itu besar dan saya rasa saya belum mampu,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement