Skip to main content

Selebriti

"Saya Sendiri Nasihat Ardell Untuk Pulang Ke Malaysia Dan Tidak..." - PU Rahmat

PU Rahmat Suruh Ardell Patah Balik Malaysia

Pendakwah bebas, PU Rahmat mengimbau kembali dugaan yang dilalui pelakon Ardell Aryana sebelum menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi perkongsian di Threads, Rahmat memuat naik gambar bersama dua rakannya serta Ardell yang baru selesai membantu menguruskan kaki ibunya yang dipotong kerana masalah kesihatan.

Advertisement

Menurut Rahmat, ketika itu Ardell sedang bergelut dengan perasaan kerana mengenangkan kesihatan ibunya semakin merosot sebelum berangkat ke misi berkenaan.

"Sepanjang misi global sumud flotilla, Kak Ardell bergelut dengan perasaan apabila kesihatan ibunya menurun. Saya sendiri menasihatinya untuk pulang Malaysia dan tidak meneruskan misi," tulisnya.

Namun, Rahmat berkata jawapan Ardell dan ibunya membuatkan dirinya kagum apabila mereka tetap berpegang dengan keputusan untuk terus berjuang.

"Kak Ardell dan ibunya sama sama teguh dengan mudah menjawab bahawa ujian Gaza adalah lebih besar dari mereka," tambahnya.

Terdahulu, Ardell pernah berkongsi pengalaman duka menguruskan pengebumian sebahagian kaki ibunya yang dipotong akibat masalah kesihatan.

Difahamkan, ibunya turut dijadualkan menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kaki.

Untuk rekod, Rahmat dan Ardell antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF bagi memecahkan sekatan Israel terhadap Palestin.

Bagaimanapun, kapal mereka dipintas tentera Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza dan ditahan selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.

Must-Watch Video

Advertisement