Skip to main content

Selebriti

"Saya Tahu Perasaannya Bila Kena Halau..." - Amylea Azizan

"Saya Tahu Perasaannya Bila Kena Halau..." - Amylea Azizan

Sekilas

  • Penyanyi Amylea Azizan menyaksikan pertengkaran sepasang kekasih di kawasan parking Jalan Kayu di mana lelaki meninggalkan teman wanitanya dalam keadaan sedih.
  • Amylea menghampiri wanita itu, memeluk dan cuba menenangkan selepas melihat dia menangis sendirian.
  • Pengalaman itu mengingatkan Amylea tentang perasaan ditinggalkan dan pentingnya lelaki melindungi wanita walaupun dalam keadaan marah.
Advertisement

Penyanyi, Amylea Azizan berkongsi detik yang menyentuh hatinya apabila menjadi saksi pertengkaran sepasang kekasih di sebuah kawasan parking kenderaan.

Menerusi perkongsian di Threads, Amylea berkata dia melihat seorang lelaki dipercayai melepaskan kemarahan terhadap teman wanitanya sebelum bertindak meninggalkan wanita itu bersendirian.

Advertisement

"Ada satu masa, saya tengah bersembang dekat parking lot Jalan Kayu. Tiba-tiba saya ternampak ada satu couple ini sedang bergaduh. Yang lelaki baran sangat dan marah-marah. Kemudian, perempuan itu cuba datang pujuk dan merayu.

"Nak dipendekkan cerita, lelaki itu kemudian naik motor dan tinggalkan sahaja perempuan itu dan suruh dia balik sendiri. Dia kena halau," tulisnya.

Tidak sampai hati melihat wanita itu menangis sendirian, Amylea menghampirinya sebelum memeluk dan cuba menenangkan keadaan.

Menurut Amylea, insiden itu mengingatkannya kepada perasaan seseorang yang ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi.

"Saya nampak dia menangis, kami semua melihatnya. Jadi, saya pergi dekat dia dan peluk dia. Dia akhirnya menangis dengan lebih kuat.

"Saya tahu bagaimana perasaannya bila kena halau suruh balik. Kepada lelaki, tak kisahlah awak baran macam mana, wanita dicipta untuk kalian lindungi," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement