Berita
"Saya Tak Mahu Nampak Bodoh!" - Firman Tolak Tawaran Berlakon
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Firman Siagian mengakui pernah beberapa kali menolak tawaran berlakon selepas memenangi Indonesian Idol musim kedua sekitar 12 tahun lalu.
Begitu juga selepas tamat rancangan GV4, Firman memberitahu dia masih belum bersedia untuk terjun ke bidang lakonan melainkan diberikan watak gangster.
"Saya seorang penyanyi, selagi cabaran itu datang dalam bidang sama saya akan sahut tetapi jangan minta saya berlakon. Saya tak mahu nampak bodoh!
"Memang ada banyak tawaran berlakon selepas Indonesian Idol 2 sehingga kini namun itu bukan kerjaya saya.
"Melainkan kalau mahu tawarkan saya watak gangster, saya mungkin akan terima sebab tak perlu belajar. Itulah saya secara semulajadinya," seloroh Firman.
Firman juga terbuka untuk mencuba genre nyanyian lain selain Rock & Roll, jazz dan blues yang pernah dicubanya sebelum ini.
"Selama saya bersama GV4 saya belajar banyak perkara dan mencuba pelbagai genre muzik.
"Rap, keroncong dan dangdut, semuanya saya suka namun tidak mudah untuk menyanyikan lagu yang keluar daripada genre muzik saya.
"Seboleh-bolehnya berikan saya waktu, saya akan mencuba.
"Joe Flizzow pun tidak menjadi penyanyi rap dalam masa tiga hari. Jadi, saya terbuka untuk mencuba genre lain selepas ini," kata Firman.
Firman mencuri tumpuan penonton apabila menyampaikan nyanyian rap pada pusingan battle konsert GV4 akhir bersama Tia Jinbara menerusi lagu Amboi (nyanyian asal Altimet).
Penyanyi kelahiran Sumatera Utara, Indonesia itu terpaksa berpuas hati selepas diumumkan berada di tempat kelima GV4.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @firmansiagian_jimmyjangkrix
Must-Watch Video