Skip to main content

Selebriti

“Saya Tak Sangka…” - Cik B

“Saya Tak Sangka…” - Cik B

Sekilas

  • Cik B terharu selepas Rita Rudaini memuji sikap matang dan adabnya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
  • Rita berkongsi bahawa dia tidak berhenti bercakap tentang Cik B kepada anak-anaknya dan menganggapnya contoh terbaik untuk generasi Z.
  • Cik B mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsi oleh Rita semasa pertemuan tersebut.
Advertisement

Penyanyi, Cik B meluahkan rasa terharu selepas pelakon, Rita Rudaini memuat naik perkongsian mengenai dirinya ketika pertemuan mereka bersama.

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata dia tidak menyangka pertemuan mereka itu akan meninggalkan kesan mendalam buat Rita.

Advertisement

Baginya, dia hanya berkelakuan seperti biasa dan menjadi diri sendiri ketika bertemu dengan seseorang.

“Terima kasih Aunty Rita. Saya tak sangka. Saya jadi diri sendiri sahaja pun boleh tinggalkan impression seperti ini. Terharu saya baca, sangat bermakna buat saya,”tulisnya.

Dalam masa sama, Cik B turut merakamkan penghargaan buat Rita atas segala tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan.

Advertisement

“Terima kasih juga sebab banyak mengajar dan berkongsi ilmu dengan saya semalam,”ujarnya.

Terdahulu, Rita menerusi sebuah hantaran tampil memuji sifat kematangan dan adab Cik B ketika berinteraksi dengan orang lain.

Menurut Rita, dia tidak berhenti bercakap mengenai Cik B kepada anak-anaknya di rumah, selain menyifatkan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu sebagai contoh yang terbaik buat generasi Z.



 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video

Advertisement