Berita

Saya Terpaksa Teruskan Persembahan Ketika Ayah Sedang Nazak Di Hospital - Dzawin

gempak
Mya Amri
08/05/2017
01:29 MYT
Sponsor Banner
Saya Terpaksa Teruskan Persembahan Ketika Ayah Sedang Nazak Di Hospital - Dzawin
Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui terpaksa meneruskan persembahan di atas pentas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di Hospital.
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, itu merupakan pengalaman yang tidak dalam dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak.
"Pengalaman paling sedih bergelar seorang pelawak adalah saya harus menghiburkan orang ramai meskipun ketika itu ayah saya sedang kritikal di Hospital.
"Saya harus meneruskan persembahan kerana telah terikat dengan kontrak dan tidak mahu menghampakan peminat yang hadir.
"Pernah juga saya marah kepada diri sendiri apabila memilih untuk menjadi seorang pelawak.
"Namun itu semua merupakan sejarah hidup saya yang pernah dilalui sepanjang bergelar seorang pelawak," katanya kepada Astro Gempak.
Dzawin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pentas akhir MLM 2017, pada Jumaat.
Bercerita mengenai kemenangannya di MLM 2017, Dzawin, berkata, dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
"Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi di final kerana para peserta yang bertanding adalah sangat hebat.
"Bagi saya dapat masuk ke peringkat akhir adalah satu kemenangan memandangkan saya ini merupakan peserta solo.
"Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ia merupakan hadiah kepada peminat yang menyokong serta mengundi saya," jelasnya.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya sebagai juri profesional.
MLM 2017 telah berlangsung pada Jumaat, di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024