Skip to main content

Filem

'Sayang Sayang' Angkat Kisah Anak Istimewa, Buktikan Impian Tak Kenal Batas

'Sayang Sayang' Angkat Kisah Anak Istimewa, Buktikan Impian Tak Kenal Batas

Sekilas

  • Kontinjen Selangor berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam Malaysia Information Technology Challenge (MITC) for Youth with Disabilities 2026, membuktikan potensi besar murid berkeperluan pendidikan khas dalam teknologi dan inovasi.
  • Filem SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu, Mina, San San, dan Ajay, yang berani mengejar impian dan mencari identiti masing-masing walaupun berdepan cabaran.
  • SAYANG SAYANG akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di pawagam Malaysia mulai 5 November, menonjolkan kisah inspirasi dan keistimewaan kanak-kanak berbeza latar belakang.
Advertisement

Kekurangan fizikal bukan penghalang untuk seseorang mengejar impian. 

Buktinya, semakin ramai anak muda di Malaysia berani mencabar kemampuan diri, mengasah bakat dan membuktikan mereka juga mampu mencapai kejayaan luar biasa.

Advertisement

Antara contoh membanggakan ialah kejayaan kontinjen Selangor muncul Johan Keseluruhan dalam Malaysia Information Technology Challenge (MITC) for Youth with Disabilities 2026.

Kejayaan ini membuktikan murid berkeperluan pendidikan khas mempunyai potensi besar dalam bidang teknologi, inovasi dan kreativiti apabila diberikan peluang, sokongan serta bimbingan yang sewajarnya.

Mereka bukan sekadar berani memasang impian, malah sanggup berusaha untuk merealisasikannya.

Advertisement

Semangat inilah yang turut diketengahkan menerusi filem SAYANG SAYANG, sebuah karya yang mengangkat kisah kanak-kanak Malaysia dengan impian, minat dan cita-cita tersendiri meskipun berdepan cabaran serta kekurangan upaya.

Filem ini membawa penonton mengenali dua watak utama, Mina dan San San, yang mempunyai perjalanan hidup berbeza tetapi berkongsi satu persamaan iaitu berani mengejar perkara yang dicintai.

Mina lakonan Mhia Firdaus merupakan seorang gadis Melayu pekak yang mempunyai minat mendalam terhadap seni bela diri Muay Thai.

Di sebalik minatnya itu, Mina berusaha mencari hala tuju hidup sambil berdepan tuntutan tradisi dan keinginan untuk membentuk identiti dirinya sendiri.

Kisah Mina memperlihatkan bagaimana minat dan keberanian mampu menjadi kekuatan untuk seseorang mengenali potensi diri.

Sementara itu, San San yang dilakonkan oleh Sasha Tang pula merupakan seorang gadis Cina pekak yang menyimpan impian besar terhadap lautan.

Dia membesar dalam keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan laut, sekali gus menjadikan dunia marin sebahagian penting dalam hidupnya.

Selain kecintaannya terhadap laut, San San turut mempunyai minat untuk mempelajari alat muzik tradisional gendang Cina.

Keinginan itu memperlihatkan sisi dirinya yang penuh rasa ingin tahu, kreatif dan terbuka untuk meneroka perkara baharu.

Menerusi kisah Mina dan San San, SAYANG SAYANG mengingatkan kita bahawa setiap kanak-kanak mempunyai impian dan keistimewaan tersendiri.

Sama ada dalam bidang sukan, teknologi, muzik mahupun bidang lain, peluang dan sokongan yang betul mampu membantu mereka menyerlahkan potensi diri.

SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza iaitu Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, mengejar impian serta mencari tempat mereka dalam kehidupan.

Selain Mhia Firdaus dan Sasha Tang, gilem tersebut turut menampilkan Nandagopall Mohan, Jo Kukathas, Amir Ahnaf, Farah Ahmad, Khir Rahman dan ramai lagi.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November depan.



 

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement