Sekilas
- Filem Sayang Sayang gabungkan elemen aksi dan kisah kehidupan santai untuk tawarkan penceritaan seimbang dan menarik.
- Visual dan sinematografi filem ini mendapat pujian netizen kerana memberikan pengalaman tontonan yang istimewa dan memukau.
- Filem ini mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu yang mencari identiti dan impian, akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan Malaysia pada 5 November.
Filem Sayang Sayang tampil dengan pendekatan tersendiri apabila menggabungkan elemen aksi dengan kisah kehidupan seharian yang lebih santai dan dekat dengan penonton.
Menariknya, gabungan dua elemen ini membuktikan bahawa filem tempatan mampu menawarkan keseimbangan antara babak aksi yang mendebarkan dan penceritaan kehidupan yang lebih ringan tanpa mengetepikan kekuatan jalan cerita.
Bukan itu sahaja, kekuatan filem ini turut terletak pada aspek sinematografi dan visual yang cukup menarik.
Setiap babak dipersembahkan dengan sentuhan visual yang memukau, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih istimewa.
Keindahan sinematografi yang ditampilkan juga membuktikan bahawa sesebuah filem tidak semestinya perlu dipenuhi aksi mendebarkan untuk meninggalkan kesan kepada penonton.
Dalam masa sama, filem ini turut memperlihatkan kemampuan pembikin filem tempatan untuk menghasilkan karya yang mempunyai keseimbangan antara penceritaan, visual dan emosi.
Keindahan tersebut turut diperakui oleh netizen di media sosial dengan rata-rata mereka memuji dan teruja melihat kualiti yang dipamerkan menerusi filem arahan Tang Hsiang-Chu itu.
SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza iaitu Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, mengejar impian serta mencari tempat mereka dalam kehidupan.
Filem tersebut turut menampilkan Nandagopall Mohan, Jo Kukathas, Mhia Firdaus, Sasha Tang, Amir Ahnaf, Farah Ahmad, Khir Rahman dan ramai lagi.
SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November depan.