Skip to main content

Selebriti

"Sedih Tengok Banyak Suami Menjadi Dayus..." - Isa Khan 

Isa khan dayus

Sekilas

  • Pelakon Isa Khan meluahkan rasa terkilan kerana melihat suami masa kini kurang memahami tanggungjawab dalam rumah tangga.
  • Isa menegur suami yang terlalu menurut kehendak isteri sehingga bercanggah dengan ajaran agama.
  • Beliau turut berkongsi Hadis Nabawi yang melarang sujud sesama manusia sebagai peringatan.

Pelakon, Isa Khan meluahkan rasa terkilan selepas melihat segelintir suami kurang memahami tanggungjawabnya dalam rumah tangga.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata bahawa suami masa kini terlalu menuruti segala permintaan isteri sehingga tidak sedar ia bercanggah dengan agama.

"Di akhir zaman ini, suami yang sujud pada isteri.Sedih tengok banyak suami menjadi dayus hari ini dan hanya turutkan segala kemahuan isteri.Walaupun bercanggah dengan agama," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Isa turut berkongsi Hadis Nabawi yang menyatakan larangan sujud sesama manusia.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement