Skip to main content

Selebriti

“Sekarang Saya Sedang Menangis Kerana…” - Evertts Gomes

“Sekarang Saya Sedang Menangis Kerana…” - Evertts Gomes

Sekilas

  • Pelakon Evertts Gomes terharu selepas membaca ulasan terperinci mengenai lakonannya dalam projek KUDRAT 1968: High Council di Threads.
  • Evertts berjanji akan terus memperbaiki mutu lakonannya dan menghargai sokongan peminat yang memberi semangat kepadanya.
  • KUDRAT 1968: High Council, prekuel kepada siri High Council, telah mula ditayangkan sejak 11 September dengan barisan pelakon termasuk Mierul Aiman dan Zarif Ghazzi.
Advertisement

Pelakon, Evertts Gomes mencuri perhatian selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran milik seorang individu di Threads yang memberi reviu terhadap lakonannya.

Evertts atau nama penuhnya Evertts McClane Gomes, 28 berkata dia gagal menahan air mata usai melihat perkongsian itu kerana amat tersentuh dengan ulasan tersebut yang disifatkan amat terperinci.

Advertisement

“Sebagai seorang pelakon, deskripsi tentang lakonan saya yang terperinci seperti ini sangat menyentuh hati saya. Saya dah nak tidur tetapi sekarang saya sedang menangis kerana saya rasa sangat dihargai. Terima kasih orang baik,”tulisnya.

Dalam masa sama, Evertts yang memegang watak sebagai Tunku Ghafar menerusi projek KUDRAT 1968: High Council itu berkata dia akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam memperbaiki kualiti lakonannya pada masa akan datang.

“Saya harap dapat hiburkan awak dengan lebih banyak lagi lakonan saya pada masa akan datang. Saya akan cuba perbaiki untuk jadi yang lebih baik. Orang macam awak, menyebabkan saya lagi nak berikan yang terbaik. Terima kasih,”ujarnya.

Advertisement

Berikut merupakan ulasan penuh individu tersebut terhadap lakonan Evertts:

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Selain Evertts, naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council sudah mula menemui peminat pada 11 September.

Anda mungkin berminat dengan

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement