Skip to main content

Selebriti

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Ketiga, Kieda Crepe Diuji - "Bahu Baby Ada Retak Sebab..."

WhatsApp Image 2026 03 28 at 3.19.01 AM

Sekilas

  • Usahawan Kieda Crepe berkongsi berita sedih apabila anak ketiganya mengalami keretakan pada bahu selepas pemeriksaan x-ray.
  • Keretakan itu berlaku kerana bayi bersaiz besar dan kini perlu menjalani rawatan di hospital selama dua hingga tiga minggu.
  • Kieda tidak dapat mendukung anaknya buat sementara waktu selepas kelahiran bayi lelaki tersebut pada Jumaat lalu.
Advertisement

Baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga, usahawan Kieda Crepe berkongsi berita sedih apabila anaknya mengalami keretakan pada bahagian bahu selepas melalui pemeriksaan x-ray.

Menerusi perkongsian di Threads, Kieda, atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra, berkata bahawa keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh anaknya yang berbadan besar.

Advertisement

"Bahu bayi ada retak sikit kerana dia bersaiz besar. Semasa nak bersalin itu lancar sahaja semalam tetapi selepas buat pemeriksaan xray, ada nampak keretakan tersebut,"tulisnya.

Kieda turut berkongsi bahawa dia tidak dapat mendukung anaknya dan kini si kecil itu perlu menjalani rawatan di hospital selama beberapa minggu.

"Jadi, saya tak boleh nak dukung dan bayi perlu menjalani proses pemulihan sendiri dalam dua hingga tiga minggu ini," ujarnya.

Baru-baru ini, Kieda selamat menimang cahaya mata lelaki pada Jumaat jam 12.06 tengah malam.

Terdahulu, Kieda membuat kejutan istimewa kepada suaminya, Mohd Hilmi Mohd Zaki, mengenai kehamilan anak ketiganya ketika mereka sedang merakam video promosi perniagaan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement