Skip to main content

Berita

Selepas 138 Kali Baru Lulus Ujian Memandu

Ujian Memandu

Sekilas

  • Seorang lelaki di Tarnow, Poland akhirnya lulus ujian teori memandu selepas mencuba sebanyak 139 kali sejak 2017.
  • Dia telah membelanjakan kira-kira RM8,200 untuk yuran peperiksaan sepanjang tempoh tersebut.
  • Penggunaan versi penuh program ujian membantu dia memperbaiki keputusan sehingga berjaya lulus.

Seorang lelaki di Tarnow, Poland menjadi perhatian orang ramai kerana lulus ujian teori memandu selepas mencuba sebanyak  139 kali, lapor laman berita Oddity Central pada Khamis. 

Pusat Trafik Jalan Raya Małopolska di bandar Tarnow mengumumkan lelaki itu cuba mengambil ujian memandu  sejak 2017 dan membelanjakan €1,800 (RM8,200) untuk yuran peperiksaan.

“Dia  tidak berputus asa mengambil peperiksaan. Ia menunjukkan lesen memandu sangat penting kepadanya,” kata Pengarah Pusat Ujian Tarnow, Pawel Gurgul sambil menambah, individu berkenaan sedang menunggu ujian praktikal.

Menurut Gurgul, selepas berpuluh-puluh kali gagal, dia menggunakan versi demo ujian yang disediakan untuk peperiksaan. Ia bagaimanapun  tidak merangkumi semua soalan ramalan.

“Selepas  mula menggunakan versi penuh program itu, dia semakin hampir mendapat keputusan positif, sehingga akhirnya lulus,” tambah Gurgul.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement