Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selepas CL Giliran Kim Sae Ron Pula, Alamak Apa Dah Jadi Ni Ramainya Tinggalkan YG Entertainment

Mya Amri
20/11/2019 15:27 MYT
Selepas bekas anggota kumpulan K-Pop 2NE1, CL mengambil keputusan untuk meninggalkan agensinya, YG Entertainment, kini gilaran pelakon Kim Sae Ron pula memilih jalan yang sama.

Menurut laporan wakilnya, Sae Ron mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama agensi terkemuka itu.

“Kontrak eksklusif Kim Sae Ron selama tiga tahun bersama YG Entertainment telah tamat bulan ini. Bagaimanapun Sae Ron mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya,” jelas wakl tersebut.

Selepas berita itu dihebahkan, YG Entertainment tampil memberikan kenyataan rasmi.

“Perkara itu telah dilakukan atas persetujuan bersama untuk tidak memperbaharui kontrak bersama pelakon Kim Sae Ron,

“Namun kami akan sentiasa menyokongnya dalam apa jua aktiviti yang dilakukan olehnya,” kata wakilnya ringkas.

Terdahulu, Sae Ron telah berada di bawah agensi tersebut sejak November 2016.

Selain CL dan Sae Ron, pelakon terkenal Lee Jong Suk juga turut meninggalkan agensi berkenaan.

Untuk pengetahuan, YG Entertainment merupakan antara agensi terkemuka di Korea yang melahirkan artis-artis popular seperti BIGBANG, 2NE1, WINNER, iKON dan ramai lagi.

Jadi disebabkan ramai selebriti mengambil keputusan tidak menyambung kontrak bersama agensi tersebut menyebabkan timbul tanda tanya dikalangan netizen.
#Artis Korea #YG Entertainment #Kim Sae Ron
;