Skip to main content

Selebriti

“Semoga Allah Besarkan Bilal Jadi Insan Yang Jauh Lebih Kuat Daripada Abah” - PU Riz

“Semoga Allah Besarkan Bilal Jadi Insan Yang Jauh Lebih Kuat Daripada Abah” - PU Riz

Sekilas

  • PU Riz berkongsi perbualan bersama anaknya, Bilal, tentang kehidupan yang penuh ujian dan dugaan.
  • Dia menasihati agar terus berusaha walaupun tidak selalu mendapat apa yang diingini dan pentingnya menjadi hamba yang baik serta berakhlak mulia.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Advertisement

Hanya tuhan yang lebih mengetahui, pendakwah bebas, PU Riz berkongsi nukilan mengenai kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi perbualan bersama anak sulungnya, Bilal.

Advertisement

“Begitulah kehidupan. Tangis dan tawa tuhan tetapkan tanpa diberitahu. Kita jalani dengan redanya. Tadi Bilal tanya kenapa bola itu tidak kena pada bola putih itu.

“Kemudian saya balas, kita tak semestinya akan dapat apa yang kita mahukan. Teruskan mencuba dan buat yang terbaik untuk seterusnya,”tulisnya.

Menurut PU Riz, hidup ini amat sukar dijangka, maka dia berpesan agar sentiasa menjadi hamba yang baik dan berakhlak mulia.

Advertisement

Dia turut mendoakan agar anaknya kesayangannya itu memiliki kekuatan yang lebih besar darinya.

“Kehidupan bukanlah seperti apa yang kita sangkakan, tetapi cubalah jadi hamba yang baik. Yang menang bukan yang mempunyai wang tetapi yang mempunyai akhlak yang tak mati dikeji. Tak hidup dipuji.

“Semoga Allah besarkan Bilal jadi insan yang jauh lebih kuat daripada Abah,”ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buatnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement