Skip to main content

Berita

Seorang Pelajar UiTM Meninggal Dunia, 8 Lagi Dirawat Ketika Sertai Cabaran KKEC

Seorang Pelajar UiTM Meninggal Dunia, 8 Lagi Dirawat Ketika Sertai Cabaran KKEC

Sekilas

  • Seorang pelajar UiTM, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, meninggal dunia manakala lapan lagi dimasukkan ke hospital akibat masalah berkaitan haba semasa menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge di kampus UiTM Jengka.
  • UiTM mengesahkan program tahunan KKEC dijalankan mengikut SOP ketat dan semua peserta menjalani saringan kesihatan sebelum acara, namun aktiviti luar KKEC dibatalkan susulan kejadian tersebut.
  • Universiti menyediakan bantuan menyeluruh kepada keluarga mangsa dan akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan semua peserta terjaga.
Advertisement

Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia, manakala lapan lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah berkaitan haba ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, di sini, kelmarin.

Mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, tengah hari semalam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, mengesahkan mangsa ialah antara dua pelajar yang menerima rawatan di HoSHAS, manakala tujuh lagi dirawat di Hospital Jengka.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati pelajar terbabit mengalami masalah berkaitan haba, termasuk kekurangan oksigen ketika menyertai acara ketahanan berkenaan.

"Perkembangan lanjut akan diberikan selepas menerima laporan bedah siasat Fadhlan Fakhry," katanya.
Sementara itu, UiTM Pahang dalam satu kenyataan, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Fadhlan Fakhry serta menyediakan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa.

"Universiti menggerakkan bantuan menyeluruh bagi memastikan segala urusan berkaitan jenazah, dokumentasi, pengangkutan serta sokongan emosi kepada keluarga diuruskan dengan sebaik mungkin dan tanpa kesulitan," katanya.

Menurut UiTM, KKEC adalah program tahunan membabitkan peserta Komander Kesatria dari cawangan UiTM seluruh negara dan dijadual berlangsung dari 2 hingga 8 September ini di kampus cawangan UiTM Pahang di Jengka.

"Program ini dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

"Semua peserta diwajibkan menjalani saringan kesihatan sebelum program bermula, selain pemeriksaan kesihatan berkala sebelum setiap acara.

"Beberapa peserta sebelum ini diminta menarik diri selepas gagal dalam saringan akhir," katanya.

UiTM berkata, pihaknya mengambil serius kejadian itu dan akan terus memantau keadaan bagi memastikan kebajikan semua pihak yang terbabit terpelihara.

Sebagai langkah susulan serta komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, penganjur memutuskan untuk membatalkan semua aktiviti luar KKEC yang dijadualkan hari ini.

Fadhlan Fakhry yang mewakili UiTM Negeri Sembilan dalam pertandingan itu, adalah pelajar tahun akhir program diploma di kampus Seremban.

KKEC adalah pertandingan ketahanan fizikal dan mental tahunan yang direka untuk menguji kekuatan fizikal, kemahiran taktikal, ketangkasan serta kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. 

Sumber: BERITA HARIAN

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement