Skip to main content

Antarabangsa

Serangan Udara Terhadap Iran: Dua Pesawat MAS Dilencongkan, Berpatah Balik Kerana Peningkatan Risiko Udara

Pesawat MAS

Sekilas

  • Dua penerbangan Malaysia Airlines, MH160 ke Doha dan MH156 ke Jeddah, telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai akibat risiko ruang udara yang meningkat.
  • Syarikat penerbangan mengesahkan tindakan itu selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik dan menyediakan bantuan penerbangan alternatif serta penginapan hotel kepada penumpang terjejas.
  • Keselamatan penumpang dan kru menjadi keutamaan, dengan situasi akan terus dipantau rapat bagi memastikan operasi yang selamat dan dipercayai.

Dua pesawat Malaysia Airlines iaitu MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL-DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL-JED) telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai.

Berita itu disahkan sendiri oleh syarikat penerbangan itu menerusi satu kenyataan yang dibuat pada Sabtu.

Menurut mereka, tindakan itu diambil susulan makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara dan dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan.

Kedua-dua penerbangan itu kini telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).  

"Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya. 

Tambah syarikat penerbangan itu, situasi tersebut akan terus dipantau rapi serta semua langkah yang diperlukan akan diambil bagi memastikan operasi selamat dan dipercayai.

Ujar mereka, keselamatan penumpang dan kru penerbangan terus menjadi keutamaan.

Media sebelum ini melaporkan mengenai ketegangan meningkat antara Amerika Syarikat dan Iran yang menyebabkan beberapa negara mengarahkan rakyat masing-masing keluar dari republik itu.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement