Skip to main content

Berita

Serangan Udara Terhadap Iran: Malaysia Airlines Batalkan Beberapa Penerbangan Ke Timur Tengah Sehingga 1 Mac

Iran

Sekilas

  • Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan ke Timur Tengah sehingga 1 Mac 2026 akibat penutupan ruang udara di Asia Barat kerana situasi keselamatan tegang.
  • Penerbangan terjejas termasuk laluan dari Kuala Lumpur ke Doha, Jeddah, dan Madinah serta sebaliknya, dengan penumpang sudah dimaklumkan dan dibantu pengaturan alternatif.
  • Penerbangan ke London dan Paris kekal mengikut jadual menggunakan laluan alternatif yang jauh dari zon konflik.
Advertisement

Syarikat penerbangan, Malaysia Airline membatalkan beberapa penerbangan ke Timur Tengah sehingga 1 Mac ini.

Keputusan itu dibuat susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat berikutan perkembangan keselamatan serantau yang semakin tegang.

Advertisement

Antara penerbangan yang terjejas termasuklah:

  1. MH160 – 28 Februari 2026 (KUL–DOH)
  2. MH156 – 28 Februari 2026 (KUL–JED)
  3. MH158 – 28 Februari 2026 (KUL–MED)
  4. MH159 – 28 Februari 2026 (MED–KUL)
  5. MH161 – 28 Februari 2026 (DOH–KUL)
  6. MH164/MH165 – 1 Mac 2026 (DOH–KUL)
  7. MH157 – 1 Mac 2026 (JED–KUL)

Menurut syarikat penerbangan itu, penumpang yang terjejas sudah diberitahu dan akan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif jika diperlukan.

Penerbangan ke destinasi yang terjejas akan kekal digantung sementara menunggu penilaian lanjut mengenai situasi keselamatan.

"Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat hubungan mereka melalui 'My Booking' bagi mendapatkan maklumat terkini dengan segera.

Sementara itu, penerbangan MH4 Kuala Lumpur (KUL)–London (LHR) dan MH20 KUL–Paris (CDG) kekal mengikut jadual pada masa ini. Penerbangan ini menggunakan laluan alternatif melalui ruang udara Afghanistan, jauh dari zon konflik yang terjejas.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement