Skip to main content

Selebriti

Sering Digelar 'Granger', Imranul Effendy Tak Sangka Gaya Rambut Jadi Daya Tarikan Ramai - "Mula-Mula Saya Ingat Itu Makanan"

Imranul Effendy granger

Sekilas

  • Imranul Effendy atau 'Granger' mendapat perhatian ramai kerana gaya rambut spontan yang menyerupai watak hero Mobile Legend walaupun dia tidak tahu tentang watak tersebut sebelum ini.
  • Walaupun kelihatan extrovert di luar, Imranul sebenarnya lebih pendiam dan introvert di rumah, terutama dengan ibu bapanya.
  • Imranul kini fokus dalam industri seni dan berhenti daripada sukan tinju yang memerlukan disiplin tinggi dan banyak cabaran mental serta fizikal.

Terkenal dengan gelaran ‘Granger’, pencipta kandungan dan personaliti media sosial, Imranul Effendy tidak menyangka gaya rambutnya itu menarik perhatian ramai, terutama pengguna aplikasi Mobile Legend.

Menurutnya, gaya rambut tersebut dibuat secara spontan tanpa sebarang niat tertentu, malah dia sendiri tidak tahu mengenai kewujudan watak hero dalam aplikasi itu.

“Memang saya sengaja buat gaya rambut macam ini. Semuanya bermula apabila saya teringin nak buat highlight rambut, saya tak tahu nak buat gaya apa dan secara random buat di bahagian tepi.

"Namun ketika saya buat content, tiba-tiba ada orang panggil saya ‘Granger’ dari aplikasi Mobile Legend. Saya sendiri pun tak tahu mengenai watak hero aplikasi itu. Mula-mula saya ingat itu makanan. Alhamdulillah, nampaknya ia tarik perhatian ramai," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Imranul turut berkongsi bahawa meskipun dia kelihatan extrovert, namun dia mempunyai personaliti yang berbeza di rumah.

"Dari segi personaliti, saya kebanyakannya huru-hara dengan kawan-kawan saya terutama adik saya. Dengan ibu bapa pula, saya agak berbeza sedikit dan lebih introvert. Tapi saya sangat rapat dengan ibu. Kerjaya memaksa saya menjadi extrovert juga, walaupun secara semula jadi saya lebih pendiam di rumah," ujarnya.

Imranul yang juga aktif dalam bidang boxing berkata bahawa kini tumpuannya lebih kepada industri seni dan dia tidak lagi bercadang untuk menyambung sukan tersebut memandangkan ia amat mencabar dari segi mental dan fizikal.

"Saya dah lama cuba boxing. Saya pernah berlawan tiga kali dalam liga dan menjalani latihan yang ketat. Boxing sangat susah, ia memerlukan disiplin tinggi, termasuk penjagaan pemakanan. Kini saya dah berhenti untuk fokus pada hiburan dan berminat dalam genre aksi.

"Dalam boxing, cedera adalah perkara biasa. Kadang-kadang pergelangan kaki saya sakit, muka bengkak, malah kadang-kadang tak dengar bila orang panggil saya. Pencapaian tertinggi saya ialah memenangi All Star Championship," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement