Skip to main content

Selebriti

Sering Dipandang Rendah, Aedy Ashraf Hampir Putus Asa - "Setiap Hari Saya Rasa Nak Menangis..."

WhatsApp Image 2026 04 12 at 2.29.23 PM

Sekilas

  • Aedy Ashraf sudah biasa dipandang rendah namun tidak membiarkan itu menghalang impiannya dalam bidang lakonan dan penerbitan filem.
  • Dia hampir berputus asa ketika menyiapkan filem sulungnya, TARUNG: Unforgiven, tetapi terus kuat demi membuktikan kemampuan kepada pembikin filem muda.
  • Filem aksi TARUNG: Unforgiven yang menampilkan pelakon popular akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026.

Pelakon, Aedy Ashraf berkongsi bahawa dia sudah lali dipandang rendah orang terhadap kemampuannnya dalam sesuatu perkara.

Aedy bagaimanpun tidak menjadikan perkara tersebut sebagai pengahalang untuk dirinya memenuhi keinginan dan impiannya.

"Dipandang rendah itu perkara biasa bagi saya. Saya tidak jadikan itu sebagai alasan untuk berhenti.

"Dari dulu sehingga hari ini, perkara itu sudah menjadi lumrah. Saya dah anggap perkara itu macam ‘kawan baik’ yang sentiasa ada.

"Jadi, saya tidak tergugat atau ambil kisah sangat sebab hujung-hujung saya buat semua ini demi diri sendiri dan impian saya,"katanya kepada Gempak.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Rumah Terbuka Tarung, yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam masa sama, Aedy turut akui dia hampir ingin berputus asa dalam menjayakan filem terbitan sulungnya iaitu Tarung:Unforgiven.

Namun dengan semangat yang tinggi dan tujuan asalnua untuk menceburi bidang itu, Aedy memilih untuk kuatkan jiwanya dan meneruskan hingga ke akhir pembikinan filem tersebut.

"Waktu siapkan filem ini, setiap hari saya rasa nak menangis. Setiap hari juga timbul rasa nak give up dan mempersoalkan diri sendiri memilih bidang ini.

"Tapi apa yang kembali menguatkan saya adalah dengan ingat kembali tujuan asal. Saya nak buktikan kepada pembikin filem muda, kalau saya boleh, mereka juga boleh,"ujarnya.

Menerusi perkembangan lain, Aedy bakal tampil sebagai penerbit selain memegang watak utama dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Aedy, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari lawan yang menanti ialah orang terdekatnya satu ketika dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must-Watch Video

Advertisement