Skip to main content

Selebriti

Shaheizy Sam Nafi Kutuk Bekas Suami Syida Melvin - “Senang Betul Akhir Zaman Ni…”

Shaheizy Sam Nafi Kutuk Bekas Suami Syida Melvin - “Senang Betul Akhir Zaman Ni…”

Sekilas

  • Shaheizy Sam menafikan dakwaan mengutuk bekas suami Syida Melvin, Syafiq Azim, dan menjelaskan siaran langsung tersebut dibuat tiga tahun lalu semasa promosi filem Polis Evo 3.
  • Shaheizy dan isteri, Syatilla Melvin, hanya bergurau ketika itu dan menganggap tuduhan tersebut sebagai fitnah serta dugaan buat semua pihak.
  • Syida Melvin dan Syafiq Azim telah bercerai talak satu pada 12 Ogos selepas tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan tiga anak.
Advertisement

Pelakon, Shaheizy Sam tampil menjelaskan dakwaan kononnya dirinya mengutuk bekas suami Syida Melvin iaitu Syafiq Azim menerusi satu sesi siaran langsung susulan konflik rumah tangga pasangan tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, Shaheizy Sam menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa siaran langsung itu sebenarnya dibuat tiga tahun lalu ketika dia sedang mempromosikan filem Polis Evo 3.

Advertisement

Menurutnya, dia dan isteri, Syatilla Melvin sememangnya suka mengusik antara satu sama lain ketika itu.

“Wah. Senang betul akhir zaman ni nak fitnah eh? Live promote filem Polis Evo 3 dari 3 tahun lepas. Zaman masing-masing suka membahan masing-masing. Zaman laki bini masih elok berpelukan mesra lagi dijadikan fitnah eh,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Sam menyifatkan perkara tersebut sebagai dugaan dan pengajaran buat semua pihak, selain berharap agar Allah sentiasa memelihara hati setiap insan.

Advertisement

“Ini lah dugaan kita semua, baik yang memfitnah baik yang difitnah. Semoga Allah jaga hati kita semua,” ujarnya.

Terdahulu, Syida dan Shafiq sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Syida dan Shafiq yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr. Maznah Hamid, berkahwin pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement